Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan tawarannya yang paling menarik dan terbaru – rangkaian Volkswagen ‘Sound & Style’.

Ideal untuk pemandu yang gemar mendengar muzik, rangkaian ‘Sound & Style’ merupakan satu pakej aksesori yang ditawarkan pada model Volkswagen Golf R-Line, Passat Comfortline, Passat Highline dan Tiguan Highline.

Ia padat dengan aksesori bernilai sehingga RM16,000 bergantung kepada model. Rangkaian ‘Sound & Style’ dilengkapi Aksesori yang Diluluskan oleh Volkswagen iaitu HELIX 300W Soundbar, dihasilkan oleh pakar audio hi-fi dari Jerman, HELIX.

Dipasang pada ruang kargo kereta, soundbar itu terdiri daripada sebuah amplifier 5-saluran yang diintegrasikan dengan sebuah pemproses bunyi dan subwoofer.

Sistem itu merupakan tambahan kepada sistem bunyi 8 pembesar suara yang sudah dipasang di dalam kereta. Ia didatangkan dengan kaliberasi profail bunyi yang tepat berdasarkan kepada model.

Aksesori yang diluluskan oleh Volkswagen lain yang turut dipasang pada rangkaian ini ialah pedal sports aluminium, plat pemijak kaki sisi aluminium dan VW Tint.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa rangkaian ‘Sound & Style’ merupakan satu lagi contoh komitmen Volkswagen untuk memenuhi kehendak dan keperluan pemandu yang berbeza.

“Rakyat Malaysia gemar memandu, kita juga sukakan stesen radio dan senarai lagu. Rangkaian ‘Sound & Style’ dilihat cukup tepat kerana kami bukan sahaja menawarkan kereta yang seronok dipandu, malah didatangkan bersama kualiti muzik di tahap seterusnya.

HELIX 300W Soundbar by German hi-fi audio specialist installed in the luggage compartment of the cars

Peminat jenama kami boleh mengharapkan lebih banyak model edisi khas bagi
memenuhi kehendak pelanggan yang bijak memilih.”

Rangkaian model ‘Sound & Style’ sudah boleh dilihat pada acara Volkswagen Tour yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya bermula 14 hingga 20 Mei, 10am hingga 10pm.

Pelanggan yang menempah mana-mana model Volkswagen pada siri jelajah akan menerima rebat tambahan sebanyak RM500 kad petrol RM1,000 dan penjimatan hebat
ke atas model-model terpilih.

Passat Comfortline ‘Sound & Style’ Ditawarkan pada harga RM188,690 Pilihan warna: hitam (Deep Black), putih (Pure White), perak (Reflex Silver)

Varian Passat Comfortline Sound & Style didatangkan dengan HELIX 300W Soundbar, pedal sports aluminium, rim aloi Dartford bersaiz 18” dan VW Tint yang semuanya bernilai RM12,000.

Passat Comfortline dikuasakan oleh enjin turbo 1.8L TSI dengan kotak gear direct shift (DSG) bersama mode sport yang menawarkan kuasa 180PS dan tork 250Nm di antara 1,250 hingga 5,000rpm.

Passat Highline ‘Sound & Style’
Ditawarkan pada harga RM211,390
Pilihan warna: hitam (Deep Black), kelabu (Manganese Grey), putih (Pure White), perak (Reflex Silver)

Varian Passat Highline Sound & Style ditawarkan dengan HELIX 300W Soundbar, pedal sports aluminium, pemijak kaki sisi aluminium, rim aloi Verona bersaiz 19” dan VW Tint yang semuanya bernilai RM16,000.

Sebuah kereta yang benar-benar berkuasa, Passat Highline menggabungkan enjin turbo 2.0 TSI dengan kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan untuk memberi kuasa yang mengagumkan iaitu 220PS dan tork 350Nm di antara 1,500 hingga 4,400rpm – penggunaan bahan api pula sekitar 6.2l/100km.

Tiguan Highline ‘Sound & Style’
Ditawarkan pada harga RM174,990
Pilihan warna: biru (Atlantic Blue), hitam (Deep Black), putih (Pure White), kelabu (Indium Grey), perak (Tungsten Silver).

Tiguan Sound & Style dipasang dengan HELIX 300W Soundbar, kemasan krom pada trunk, hujung ekzos krom, spoiler belakang berwarna hitam dan VW Tint yang semuanya bernilai RM9,000.

SUV itu menggunakan padanan enjin turbo 1.4l TSI pancitan terus dan kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan bersama mode sport untuk menawarkan kuasa 150PS serta tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

Ia mampu memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa 8.9 saat. Tiguan merupakan SUV Volkswagen yang paling berjaya dengan lebih 2.8 juta sudah terjual di seluruh dunia.

Golf R-Line ‘Sound & Style’
Ditawarkan pada harga RM177,390
Pilihan warna: biru (Atlantic Blue), hitam (Deep Black), kelabu (Indium Grey), putih (Pure White), perak metalik (White Silver Metallic). Kuning (Turmeric Yellow)

Golf R-Line Sound & Style dipasang dengan HELIX 300W Soundbar dan VW Tint yang bernilai RM4,000.

Dengan enjin turbo 1.4TSI yang dipadankan bersama kotak gear kering direct shift (DSG) 7-kelajuan di bawah hudnya, Golf R-Line turut dilengkapi tujuh beg udara dan pelbagai ciri keselamatan seperti Manoeuvre Braking, Automatic Post Collision Brake System, Rest
Assist, Proactive Occupant Protection System dan Advanced Electronic Differential Lock.

Semua kenderaan Volkswagen hadir dengan tiga tahun penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan tanpa had dan 5 tahun bantuan tepi jalan. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

* Semua harga yang dinyatakan adalah harga runcit, tidak termasuk insurans dan
pendaftaran

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini