Crossover terlaris di Eropah, Renault Captur telah dinaik taraf diperkenalkan oleh TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia.

RENAULT Captur yang bergaya dan dikuasakan oleh enjin pengecas turbo kini dipertingkatkan dengan enjin yang mematuhi piawaian EURO 6 untuk mengurangkan emisi.

Renault Captur

Tidak ketinggalan fungsi start-stop dan skrin sentuh sistem infohibur bersaiz 7 inci bersama ciri navigasi dan ketersambungan.

Captur dilengkapi enjin TCe 120 dengan pengecas turbo Renault yang menawarkan pecutan dan prestasi seperti enjin 1.8L aspirasi biasa. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, enjin tersebut mampu menjana tork puncak lebih tinggi iaitu 205Nm pada rpm serendah 2,000rpm.

Pada masa sama mencatat penjimatan bahan api sehingga 5.9L/100km (method ujian NEDC). Fungsi start-stop pada enjin baru itu membantu memati dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman untuk mengurangkan tempoh enjin melahu, sekali gus merendahkan tahap emisi.

Sistem infohibur bersaiz 7 inci telah dinaik taraf dengan fungsi navigasi serta ketersambungan internet secara offline dan online. Sistem infohibur itu mampu menyokong aplikasi kegemaran anda seperti JOOX, Waze dan banyak lagi apabila disambungkan dengan hotspot internet.

Captur+, Edisi Khas baharu

TC Euro Cars (TCEC), juga melancarkan model edisi khas Renault Captur+ yang dilengkapi beberapa bentuk penambahbaikan dari segi rekaan, bahagian dalaman lebih kemas dan aksesori. Pada masa sama menawarkan ciri yang inovatif dan pengalaman pemanduan luar biasa.

Special Edition Renault CAPTUR+

Captur+ baharu tampil dengan kemasan dua tona pada bampar hadapan dan belakang, sekali gus menyerlahkan lagi warna warna badan dua tona yang tersendiri.

Untuk meningkatkan lagi kemudahan, pintu belakang kuasa bebas tangan yang pertama dalam kelasnya juga telah ditambah pada Captur+. Dengan pintu belakang kuasa bebas tangan, but boleh dibuka dengan hanya menggerakkan kaki di bahagian bawah bampar belakang ketika tangan anda penuh dengan barang-barang.

Ketinggian bukaan pintu boleh diprogram mengikut keperluan individu. Eksklusiviti Renault Captur+ ditingkatkan lagi pada bahagian kabin. Untuk memberi lebih keselamatan, ia kini dilengkapi perakam video pemanduan (DVR).

DVR itu mampu merakam sehingga 136 minit footage dalam format resolusi tinggi 1080p dengan kad microSD 16GB. Ia hadir dengan fungsi pengesan impak dan menawarkan prestasi yang bagus dalam keadaan lampu yang malap. CVR itu juga didatangkan dengan aplikasi telefon pintar, jadi pelanggan boleh mendapatkan semula video mereka dengan mudah.

Renault Captur+ hadir dengan tempat duduk kombinasi berwarna coklat dengan kemasan sama turut dipasang pada panel pintu dan perehat tangan pemandu. Perehat tangan yang dihiasi kesan jahitan itu menawarkan ruang penyimpanan barang tambahan, selain boleh diubah suai untuk lebih keselesaan dan kemudahan.

Pemijak kaki dengan tulisan ‘Captur’ telah ditambah pada sil pintu hadapan dan belakang untuk melindungi bahagian bawah pintu. Manakala pelindung ruang masuk kargo mengelakkan bampar daripada tercalar apabila mengangkut atau mengeluarkan barang.

Varian Renault Captur & Renault Captur+ terus dipasang dengan peralatan dan spesifikasi yang membantu mengukuhkan reputasinya selaku sebuah kenderaan yang versatil dan mesra pengguna. Ruang kabin dan konfigurasi tempat duduk boleh diubah suai untuk memenuhi apa jua keperluan.

Tempat duduk belakangnya boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40 yang memberikan ruang but cukup luas daripada 377 liter menjadi maksimum 1,235 liter.

Ciri-ciri standard termasuklah:
• Sistem infohibur dengan skrin sentuh bersaiz 7 inci menawarkan akses kepada
pelbagai ciri yang berguna dan praktikal seperti navigasi secara offline & online,
ketersambungan internet dan telefon bebas tangan menggunakan teknologi
Bluetooth®
• Fungsi kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, dan pintu dikunci sendiri
• Warna badan dua tona
• Lampu kabus LED
• Kunci pintu automatik
• Lampu utama dan penggilap cermin automatik
• Kamera undur
• Mode ECO penjimatan bahan api ektra sehingga 10%
• Lantai but multi posisi yang versatil
• Ruang pintu hadapan boleh menempatkan botol minuman 1.5 liter
• Empat beg udara bercekapan tinggi – dua di hadapan dan dua lagi di bahagian
kepala/thoraks
• Electronic Stability Control (ESC)
• Hill Start Assist (HSA)
• ABS dengan Electronic Brake Assist (EBA) dan Electronic Brakeforce Distribution
(EBD)

Captur dan Captur+ menerima kelebihan perkhidmatan selepas jualan 5-in-Captur yang menawarkan lebih penjimatan dan servis percuma yang mudah. Pakej ini merangkumi:
• Servis dan penyelenggaraan percuma (alat ganti dan kos buruh) selama lima tahun
atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu
• Jaminan pengilang dengan perbatuan tanpa had selama lima tahun
• Bantuan tepi jalan 24 jam percuma
• Perkhidmatan hantar dan pulang sepanjang penyelenggaraan berkala di pusat servis
Renault
• Perkhidmatan mobiliti dengan sebuah kereta gantian sekiranya tiada alat ganti selama
lebih 48 jam di pusat servis sah, tertakluk kepada kebolehdapatan

Bagi meraikan asal-usul Renault dari Perancis, TCEC turut mengadakan kempen jualan ‘The French Experience’ yang berakhir pada 30 Mei 2019.

Renault Captur+ ditawarkan pada harga RM113,300 manakala Renault Captur pula berharga RM107,980 yang turut layak untuk kempen jualan ‘French Experience’. Promosi tawaran percutian untuk dua orang ke Paris terbuka kepada sesiapa sahaja yang membeli sebuah Renault sepanjang tempoh kempen tersebut.

Semua harga kenderaan yang dinyatakan adalah di atas jalan termasuk SST, tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini