Program Feed And Care Homeless ini adalah anjuran pelajar semester 6 BBA-UUM, Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2 Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

SERAMAI 48 orang membantu menjayakan program ini yang bertemakan “One Love of A Million Hope” terdiri daripada ahli kumpulan, rakan-rakan kuliah serta pensyarah.

Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik dan mewujudkan hubungan baik diantara organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, dimana pada masa sama meningkatkan nama semester 6 Bachelor of Business Administration (BBA Hons), UUM Kolej Teknologi Alpha.

Selain itu, ia bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar membentuk jati diri yang baik dan mewujudkan rasa simpati serta empati di kalangan mereka.

Pelajar juga berpeluang berhubung dengan komuniti kurang bernasib baik untuk mengetahui sebab sebenar mereka berkeadaan sedemikian.

Dayah Bakar bersama team Feed and Care Homeless membantu mengagihkan makanan

Selain itu, mereka berharap kehadiran mereka akan memberikan satu pengalaman dan menjadi inspirasi buat pelajar serta masyarakat meneruskan amalan membantu insan yang kurang bernasib baik.

Bagi memeriahkan program, pelajar terbabit bukan hanya memberi sumbangan makanan dan pakaian, tetapi turut menyediakan perkhidmatan memotong rambut, slot busking dan, karaoke serta pemeriksaan kesihatan.

Pelajar terbabit turut merakam penghargaan kepada yang membantu menjayakan program ini, terutamanya personaliti televisyen Dayah Bakar yang hadir menyokong dan memeriahkan program, Pengarah Urusan Kolej Teknologi Alpha, Dr Fairol Bin Halim, pensyarah dan penasihat program, Zaiton Talib yang sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar.

Warga Tranist menjalani pemeriksaan kesihatan bersama Mansa Ambulance

Tidak lupa juga penghargaan kepada Pusat Transit Gelandangan yang memberi kerjasama menjayakan program ini. Pihak penaja Ducth Lady Malaysia, Mansa Ambulance Kuala Lumpur, Oblong Burger, Rohaz Secret dan Skuandron Wataniah RSD ke-3 Infantri.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini