Penasihat Islam Kedutaan Arab Saudi Di Malaysia Sheikh Abdul Rahman M Al Herfi berkata, NGO Islam perlu bersatu untuk memperjuangkan agama Islam yang maha suci dan tunjuklah contoh terbaik kepada masyarakat dalam apa jua yang dilaksanakan.

SHEIKH Abdul Rahman berkata, mereka harus menyelami masyarakat keliling dan hayati apa yang mereka perlu dengan menggunakan kepakaran masing-masing supaya kita dekat dihati mereka.

Sebahagian dari 41 Ketua ketua NGO Islam dan NG0 Antarabangsa yang hadir dalam perjumpaan mesra bersama Sheikh Abdul Rahman M Al Herfi (berjubah putih serban merah)

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan 41 NGO Islam termasuk NGO Antarabangsa dalam majlis Ramah mesra menjelang Ramadan di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau juga menekankan semua NGO Islam perlulah menghayati al-Quran dan Sunnah dalam aktiviti dan tunjukkan teladan baik seperti mana diamalkan oleh Rasulullah SAW iaitu sabar, jujur dan ikhlas.

Beliau juga menekan aspek penggunaan teknologi terkini dalam aktiviti seperti Instagram, Whatsapp dan Facebook hendaklah digunakan secara berhemat bertujuan untuk menyebarkan perkara yang baik dan berguna bagi tujuan mendidik.

Sheikh Abdul Rahman (tengah) sedang meneliti surat perhargaan NGO kepada beliau di Kuala Lumpur, baru-baru ini

“Elakkan daripada menggunakan perkara yang boleh memudaratkan diri masyarakat dan agama. Oleh itu, penggunaan teknologi ini amat baik sekarang kerana kemudahan maklumat, kecepatan masa untuk berhubung sesama kita dan penyebaran Ilmu yang berguna untuk masyarakat.

Sheikh Abdul Rahman berkata, ada NGO Malaysia yang bergerak aktif di peringkat antarabangsa dengan kerja-kerja kebajikan termasuk berjaya membina masjid, surau, sekolah agama dan lain-lain aktiviti yang memanfaat kepada masyarakat.

“Malah ada juga berjaya mendapat pengiktirafan cemerlang dari pemimpin negara berkenaan walaupun penduduk Islam adalah minoriti tetapi contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin NGO ini membuktikan orang Islam mempunyai perilaku yang baik dan budi bahasa yang tinggi dalam menyampaikan mesej dakwah bersama NGO ikut rentak dan keadaan sesuatu tempat tanpa menjejaskan pegangan kita kepada Agama,” katanya.

Turut hadir NGO Islam dari pelbagai pertubuhan di Malaysia termasuk wakil Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Mustapha Ahmad Marican serta pegawai-pegawai kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini