Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy Berhad, Tan Sri Shahril Shamsuddin kekal komited untuk memacu syarikat dan tidak akan meninggalkannya.

SUMBER industri dan penganalisis pasaran berkata, Shahril tidak mengurangkan pegangan sahamnya didalam Sapura dan pelabur tidak seharusnya panik.

Sapura Diamante

Penganalisis berkata, adalah tidak masuk akal bahawa Shahril mahu ‘melupakan’ firma dia dan keluarganya bangunkan sejak 1975 yang mana kini sudah berada dalam landasan untuk menjadi firma minyak dan gas terkemuka dunia.

Sapura ditubuhkan oleh bapanya yang juga Pengerusi Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir dan dinamakan atas nama allahyarhamah ibunya, Puan Sri Siti Sapura Husin.

“Semuanya berjalan baik dengan Sapura, mengapa dia harus meninggalkan Sapura sekarang? Shahril hanya menjual lebihan saham dan bukannya pegangan saham utama dalam Sapura Energy. Ia hanyalah satu rutin,” kata penganalisis pasaran di Maybank Investment.

Pada Rabu minggu lalu (10 April 2019) Sapura Technology Sdn Bhd yang juga jentera pelaburan Shahril dan keluarganya sudah menjual 600 juta saham atau 3.76 peratus pegangan dalam Sapura Energy menyebabkan berlaku situasi panik dikalangan pelabur yang membuat spekulasi bahawa Shahril mahu melupuskan Sapura.

Penganalisis Maybank Investment berkata, Shahril hanya membuat sedikit keuntungan sekarang selepas sekian lama Sapura ‘menderita’ sejak beberapa tahun lalu.

President and Group Chief Executive Officer, Tan Sri Shahril Shamsuddin

“Saham Sapura menyusut sejak beberapa tahun lalu sejak harga minyak mentah turun dan sekarang saham sudah meningkat sedikit. Jadi, ini adalah peluang kepada Shahril dan keluarganya membuat sedikit keuntungan kepada dirinya dan keluarga.

“Jadi, apa salahnya? Bukankah ini yang kita harus lakukan apabila membuat pelaburan untuk mendapatkan wang? Shahril berhak untuk membuat sedikit keuntungan untuk dirinya dan keluarga akibat tekanan harga minyak mentah yang rendah sejak beberapa tahun lalu,” kata penganalisis itu.

Laporan harian sebuah berita berbahasa Inggeris baru-baru ini turut melaporkan bahawa Shahril dan keluarga tidak mengurangkan pegangan saham dalam Sapura Energy tetapi hanya menjual lebihan saham daripada bahagian tajajamin berjumlah RM4 bilion terbitan hak yang diselesaikan sepenuhnya pada Januari lalu.

Tambahan pula, Sapura Technology akan terus kekal untuk jangka panjang sebagai pemegang saham kedua terbesar Sapura dengan 12.55 peratus pegangan manakala Permodalan Nasional Berhad adalah pemegang saham terbesar dengan 40 peratus pegangan.

Shahril juga diberikan tambahan 798.95 juta Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) yang bersamaan dengan 5.01 peratus pegangan dalam Sapura yang disandarkan kepada harga purata saham iaitu 30 sen.

“Jadi Shahril juga boleh melakukan penjualan saham ESOS dalam tempoh tiga tahun akan datang berikutan harga semasa saham Sapura berlegar pada paras RM0.35 sen. Jika dia mahu melaksanakan penjualan saham ESOS, pelabur seharusnya tidak melihat ia sebagai tindakan mahu meninggalkan Sapura. Shahril hanya melaksana untuk manfaatnya,” kata penganalisis.

Yard

Beliau menambah, Permodalan Nasional Berhad juga meletakkan banyak harapan kepada Sapura dan Shahril serta menyokong firma itu dengan tunai RM4 bilion sejak hari pertama lagi. Justeru mengapa Shahril harus melupakan segala-galanya sekarang?

Selain itu, firma penyelidikan dari Hong Leong Investment hingga kepada Alliance DBS, AmInvestment dan Public Investment memberikan sokongan kepada Sapura dengan meletakkan cadangan saham untuk dibeli selepas syarikat itu memperoleh kontrak bernilai RM1.3 bilion minggu lalu.

Penganalisis juga menyasarkan harga saham syarikat dijangka meningkat setinggi RM0.53 sen untuk tempoh 12 bulan akan datang daripada harga semasa RM0.35 sen.

“Melihat kepada faktor-faktor positif ini, kesimpulan bahawa Shahril tidak lagi sayang kepada Sapura adalah tidak berasas dan tidak kukuh,” kata penganalisis Maybank Investment.

Seorang wartawan yang membuat liputan mesyuarat agung tahunan luar biasa syarikat pada Disember tahun lalu berkata, Shahril sudah menyerahkan sepenuhnya ‘jiwa dan raga’ kepada Sapura serta ini dibuktikan dengan kata-katanya ketika dalam mesyuarat itu dengan menyenaraikan masa depan syarikat.

“Shahril memilih untuk melakukan perubahan kepada syarikat dan dia dilihat tidak sesekali mahu meninggalkan Sapura kerana syarikat ini umpama ‘anaknya’ dan akan terus menjadi legasinya untuk jangka masa panjang,” kata wartawan berkenaan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini