Pengeluar kenderaan premium menjadikan kenderaan BMW 6 Series GT – sebuah tanda aras bagi keluasan, keselesaan dan kefungsian yang tiada tandingannya dalam kelas kenderaan mewah bagi pertandingan golf bertaraf dunia.

BMW Malaysia menyerahkan kenderaan BMW 630i GT untuk Kejohanan Maybank 2019, sebagai Rakan Automotif Rasmi bagi edisi keempat pertandingan golf bertaraf dunia, dibelakangi oleh Jelajah Asia dan Jelajah Eropah.

BMW Group sering dikaitkan dengan acara golf profesional sejak lebih daripada 30 tahun. Kami hadir ke kejohanan golf yang paling berprestij di dunia seperti Piala Ryder dan Omega European Masters.

Baru-baru ini, BMW Group juga telah membuktikan komitmennya ke atas Jelajah Eropah sehingga 2022 dengan memperbaharui statusnya sebagai Rakan Rasmi.

Usaha sama kami dengan Kejohanan Maybank 2019 mencerminkan inisiatif global kami terhadap sukan tersebut,” kata Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia yang turut hadir ketika majlis penyerahan yang telah berlangsung.

BMW Group mempunyai sejarah yang panjang dalam ikhtiarnya untuk memberikan sokongan ke atas sukan tersebut di setiap peringkat, bermula dari peringkat akar umbi, hingga ke acara golf amatur yang terbesar dan paling berjaya di dalam dunia pada 1989 dengan Piala Antarabangsa Golf BMW, yang juga mengambil tempat di Malaysia.

BMW 6 Series GT akan digunakan untuk tujuan pengangkutan bagi para pemain, pegawai pertandingan serta VVIP sepanjang acara tersebut. BMW Malaysia juga akan memperlihatkan BMW 630i GT serta BMW X3 xDrive30i yang baharu di pertandingan ini yang akan berlangsung di Saujana Golf & Country Club.

Kejohanan Maybank 2019 akan mengambil tempat dari 21 hingga 24 Mac di Saujana Golf & Country Club. Pertandingan tersebut akan menampilkan pemenang Kejohanan Perdana – Ernie Els; Padraig Harrington; juara bertahan, Shubhankar Sharma dan pemain golf bertaraf tinggi, Gavin Green serta pemain-pemain terkemuka dunia yang lain kesemuanya akan bertanding untuk hadiah yang berjumlah AS$3 juta.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini