Melancong adalah salah satu aktiviti kegemaran rakyat Malaysia dan suasana ini dapat dilihat dimana-mana sahaja tidak kira sama ada melancong di dalam mahupun ke luar negara.
MAKA tidak hairanlah setiap kali pesta pelancongan diadakan misalnya Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan kunjungan lebih 100,000 orang mencari pakej-pakej menarik yang ditawarkan.
Syarikat atau operator pelancongan pula berlumba-lumba memperkenalkan pakej pelancongan sama ada di dalam dan luar negara pada harga yang menarik.
Bukan setakat agensi pengembaraan yang mengambil bahagian, beberapa syarikat yang berkaitan turut tidak ketinggalan memperkenalkan produk masing-masing.
Ini kerana ketika ini rakyat Malaysia boleh melancong tanpa visa ke 160 negara di seluruh dunia namun ia tidak menghalang untuk segelintir rakyat negara ini berkunjung ke negara yang memerlukan visa.
Menurut maklumat daripada Mastercard menjangkakan Malaysia bakal merekodkan nisbah tertinggi pelancongan luar (outbound) yang berkait rapat dengan jumlah keseluruhan isirumah iaitu 198.7 peratus menjelang 2021 daripada 178.4 peratus pada 2016.
Dalam laporan terkini mengenai Future of Outbound Travel in Asia-Pacific (2016 to 2021) oleh Mastercard mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara kalangan negara pasaran baru tertinggi dan keempat selepas Singapura, Hong Kong dan Taiwan.
Trip pelancongan antarabangsa oleh rakyat Malaysia pada 2016 ialah 11.9 juta dan dijangka berkembang pada kadar purata 3.5 peratus setiap tahun mencecah 14.2 juta trip menjelang 2021.
“Kira-kira 46.1 peratus pelancongan outbound oleh Malaysia ialah mereka yang memiliki pendapatan isirumah lebih AS$30,000 (RM132,820) setahun pada 2016, iaitu pendapatan purata yang mewakili 24.4 peratus keseluruhan isirumah.
7 Tips Melancong Dengan Bijak
1. Kunci mata wang asing sebulan lebih awal dari tarikh melancong
Berdasarkan kepada kelebihan ini, Merchantrade Asia, pengendali perniagaan perkhidmatan wang (MSB) dan pertukaran mata wang digital yang terkemuka terus bertapak kukuh dengan meluaskan penggunaan Kad Merchantrade Money ini dengan saiz dompet RM10,000.
Kad ini menawarkan urus niaga dalam 20 mata wang asing antaranya dollar Australia, pound sterling, rupiah Indonesia, dollar Singapura, Saudi Riyal, Euro, South Korean Won dan dollar Amerika
Keupayaan Merchantrade Money untuk menukar mata wang Ringgit Malaysia ke mata wang asing di mana sahaja memberi fleksibiliti dan keselesaan kepada pelanggan untuk melakukan urus niaga dalam mata wang yang mereka kehendaki pada kadar pertukaran mata wang yang telah dikunci.
Ia memberi faedah dan kelebihan kepada pelanggan yang ingin memaksimumkan nilai wang mereka dan memastikan mereka tidak terjejas dengan naik turun kadar pertukaran mata wang asing.
Kad pelbagai matawang ini boleh digunakan di serata 46 juta kedai/peniaga Visa di seluruh dunia di mana pengembara boleh mengeluarkan mata wang asing di mana-mana mesin ATM automatik yang disokong oleh Visa dan tertakluk kepada caj bank luar negara masing-masing.
Sejak Kad Visa Pra Bayar Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money dilancarkan, kad itu meraih pertumbuhan tinggi dan mencatatkan tambah nilai mencecah RM300 juta selepas setahun dilancarkan
2. Guna Kad Lebih Selamat
Bila memilih negara untuk bercuti, penting dilihat daripada segi faktor-faktor seperti keupayaan, keadaan keselamatan, komunikasi, cuaca dan sebagainya. Elakkan negara-negara yang sedang dalam bencana atau rusuhan walau cantik macam mana sekalipun tempat itu.
Penggunaan kad lebih selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak dan terdedah kepada risiko kecurian, rompakan atau tercicir di mana-mana sahaja.
Jika ingin pergi ke tempat yang ketika itu musim sejuk pastikan beli pakaian yang tebal. Jangan lupa gunakan Merchantrade Money untuk membeli belah.
3. Pastikan passport anda masih lagi sah
Passport adalah dokumen paling penting ketika melancong ke luar negara. Jika sudah sampai masa, cepat-cepat perbaharuinya dan elakkan melancong jika tempoh tamat passport sudah berbaki enam bulan lagi sebab ini akan menimbulkan masalah jika anda terkandas di sesebuah negara akibat bencana alam atau rusuhan.
Jika sesebuah negara yang anda lawati itu memerlukan visa pastikan tarikh passport anda juga sah. Walaupun banyak negara boleh dilawati jika menggunakan passport Malaysia namun ada sesetengah negara memerlukan visa seperti Australia, Amerika Syarikat, Saudi Arabia, India, China dan Russia.
4. Tempah tiket lebih awal
Perkara yang paling wajib untuk melancong ialah membuat tempahan lebih awal untuk mendapatkan harga tiket yang rendah. Rajin-rajin lah melawat laman web pelbagai syarikat penerbangan untuk mendapatkan harga yang terbaik.
Jangan terpedaya dengan promo harga murah kerana ia mungkin ada kos-kos yang tersembunyi tetapi anda perlu bijak untuk buat perbandingan. Namun ada sesetengah syarikat penerbangan menawarkan pembelian makanan atau minuman pada kadar harga promo jika tempahan dibuat menerusi dalam talian.
Oh ya. Anda juga boleh membuat tempahan tiket penerbangan menggunakan Kad Merchantrade Money. Mudah bukan! Kad ini mempunyai pelbagai fungsi seperti kad debit dengan disokong oleh Visa.
5. Tempah bilik hotel
Ketika ini untuk menempah bilik hotel cukup mudah. Segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari. Semuanya tersedia dengan hanya satu ‘click’. Anda boleh membuat perbandingan harga, lokasi, jenis bilik, kemudahan disediakan mahupun pakej yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Malah apa yang menarik anda boleh melihat foto-foto jenis bilik ditawarkan dalam laman web terbabit atau lokasi menarik sekitar hotel penginapan sebelum membuat pilihan. Antara laman web yang menawarkan bilik penginapan seperti Airbnb, booking.com, agoda.com, trivago, expedia dan sebagainya.
6. Insurans perjalanan
Sediakan payung sebelum hujan. Adalah lebih baik jika anda seorang pelancong yang bijak mengambil insurans perjalanan. Kadang-kala premium insurans yang disediakan amat rendah berbanding perlindungan yang akan anda dapat jika berlaku sesuatu yang tidak diduga.
Apa-apa sahaja boleh berlaku ketika anda melancong sama ada kemalangan, kecederaan, bencana alam mahupun rusuhan tanpa dirancang. Ini kerana suasana politik atau keselamatan sesebuah negara boleh berubah tanpa disangka.
Negara New Zealand misalnya, dianggap negara kedua paling selamat di dunia dikejutkan dengan insiden serangan pengganas ke atas dua buah masjid baru-baru ini yang mengakibatkan 50 orang terbunuh.
Insurans penting untuk perlindungan anda sepanjang masa dan anda boleh juga gunakan Merchantrade Money untuk membeli insurans
7. Makanan
Jika anda seorang pengembara muslim tentu sekali mencari lokasi makanan halal adalah satu kemestian. Bagaimanapun, anda boleh membuat penyelidikan terlebih dahulu menerusi laman web atau facebook (fb) lokasi yang ingin ditujui.
Jika anda menginap di apartmen lebih mudah kerana boleh memasak sendiri dengan membawa bahan masakan segera sama ada dalam paket atau tin yang sedia dijual di pasaran. Anda juga boleh membawa periuk nasi bersaiz kecil yang mudah dibawa ke mana sahaja.
Kesimpulan
Rancanglah dengan bijak setiap langkah perjalanan anda daripada mula hingga ke akhir. Ini bagi memastikan perjalanan anda berjalan lancar dan anda benar-benar mendapat keseronokan dan kepuasan.
Abadikan semua kenangan seperti gambar di laman sosial agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain yang mungkin pada satu hari nanti akan menuju ke destinasi yang sama pada masa depan.
Jika anda tidak mahu membawa wang tunai yang banyak, boleh menggunakan kad Merchantrade Money yang boleh digunakan untuk apa sahaja sama ada membeli belah di dalam talian mahupun di kedai-kedai yang menerima kad Visa.
Anda juga boleh menggunakan kad itu untuk tujuan pengeluaran di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) yang memaparkan lambang Visa di seluruh dunia. Jadilah pengembara yang bijak dan selamat!