Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan Nissan X-Trail Facelift baharu kini dibuka untuk tempahan dan dijangka dilancarkan pada April 2019.

X-Trail Facelift baharu juga ditawarkan dengan satu varian Hybrid dan tiga pilihan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE).

Enjin 2.0L (MR20DD) Hybrid dengan Twin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) dipadankan dengan XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission), menawarkan kuasa mencecah 144PS dan tork 200Nm bersama kuasa daripada Motor Elektrik 41PS dan tork 160Nm untuk memberikan pemanduan yang mengujakan.

Pada masa yang sama mengekalkan penjimatan bahan api terbaik di dalam kelasnya iaitu 16.1km/L (berdasarkan kepada mode ujian ECE R101).

Selain varian 2.0L Hybrid baharu, X-Trail Facelift baharu juga didatangkan dalam varian berikut: 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Semua varian X-Trail Facelift baharu memperoleh status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

X-Trail Facelift baharu dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini, Nissan Intelligent Mobility untuk pemanduan pintar dan dipasang pada tiga varian iaitu 2.0 Hybrid, 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD MID. Ini merangkumi:

  • Intelligent Forward Collision Warning (FCW) *
  • Intelligent Forward Emergency Braking (FEB) *
  • Intelligent Cruise Control (ICC) *
  • High Beam Assist (HBA)*
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind Spot Warning (BSW)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Motion Activated Power Tailgate (yang diaktifkan dengan pergerakan mudah di bawah pintu belakang untuk membuka dan menutupnya)

*Untuk 2.5L 4WD & 2.0L Hybrid sahaja

Sebagai tambahan, reka bentuk baharu gril signatur ‘V-Motion’, Lampu Nyalaan Siang LED dan Lampu Hadapan berbentuk Boomerang baru, Lampu Belakang LED Boomerang dalam perumah berwarna gelap, Sistem Infohibur Navi bersaiz 7-inci dengan Apple Carplay™ dan Android Auto bersedia, Rekaan Stereng Rata pada bahagian bawahnya dengan butang kawalan, Tempat Duduk Kulit Dwi Kuasa, Papan Pemuka serta Pelindungan Lutut dengan kemasan Kulit dan Paparan Bantuan Pemanduan Termaju bersaiz 5-inci nyata memberi penampilan segar yang berteknologi tinggi dan sentuhan yang lebih mewah.

6 Beg Udara SRS kini hadir sebagai ciri standard pada 3 varian X-Trail baharu. Ciri-ciri keselamatan lain termasuk Electronic Parking Brake dengan fungsi Auto Hold, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA), dan Cagak Tempat Duduk Kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2).

X-TRAIL FACELIFT BAHARU 2.0L 2WD 2.0L 2WD MID 2.5L 4WD 2.0L

HYBRID

Kuasa Maksimum (PS/RPM) 144 / 6,000 144 / 6,000 171 / 6,000 144 / 6,000
Tork Maksimum (NM/RPM) 200 / 4,400 200 / 4,400 233 / 4,000 200 / 4,400
Motor Elektrik (Kuasa Maksimum PS / Tork Maksimum NM) 41 / 160
Intelligent Forward Collision Warning dengan Intelligent Forward Emergency Braking
Intelligent Cruise Control
High Beam Assist
Lane Departure Warning
Blind Spot Warning
Motion Activated Power Tailgate
Rear Cross Traffic Alert
Intelligent Around View Monitor dengan Intelligent Moving Object Detection
Intelligent Ride Control
Intelligent Engine Brake
Intelligent Trace Control
Kawalan Suhu Auto Dwi-Zon dengan Lohong Belakang
Tempat duduk barissn ketiga
Beg Udara SRS 4 6 6 6

 

5 pilihan warna luaran yang ditawarkan: putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu).

Jangkaan Harga seperti berikut:

X-TRAIL FACELIFT BAHARU
X-TRAIL 2.0L HYBRID Bawah RM 169,900 (tanpa insuran) Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun

(termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion)*

X-TRAIL 2.5L 4WD Bawah RM 159,900 (tanpa insuran)
X-TRAIL 2.0L 2WD MID Bawah RM 149,900 (tanpa insuran)
X-TRAIL 2.0L 2WD Bawah RM 139,900 (tanpa insuran)

Bersempena dengan pra-pelancaran, Nissan X-Trail Facelift baharu juga didatangkan dengan Servis Penyelenggaraan Berkala Selama 2 Tahun atau 40,000km (mana-mana tiba dahulu).

Bukan itu sahaja, 500 kenderaan pertama yang didaftarkan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM488. Penghantaran rasmi kenderaan dijadualkan bermula bulan April 2019.

Orang ramai dijemput menyertai sesi Prebiu Eksklusif X-Trail Facelift baharu di Karnival Pandu Uji Nissan pada tiga hujung minggu iaitu 9 hingga 10 Mac, 15 hingga 17 Mac dan 23 hingga 24 Mac di beberapa bilik pameran Nissan terpilih di seluruh negara untuk memandu uji serta merasai sendiri pengalaman dengan X-Trail Facelift baharu.

Sebagai tambahan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti menyeronokkan ada disediakan untuk ahli keluarga juga dijalankan sepanjang tempoh karnival tersebut.  

Prebiu Eksklusif X-Trail Facelift dan Karnival Pandu Uji di Bilik Pameran Nissan:

Tarikh Wilayah Lokasi
9 – 10 Mac Tengah ETCM Glenmarie
Utara ETCM Butterworth
Pantai Timur ETCM Kuantan
Selatan ETCM Johor Jaya
16 – 17 Mac Tengah ETCM Petaling Jaya
Tengah ETCM Southgate
Utara ETCM Bayan Lepas
Utara ETCM Ipoh
Pantai Timur ETCM Kota Bahru (15 dan 16 Mac)
Selatan Seremban Victory Credit Sdn Bhd (Dealer)
23 – 24 Mac Tengah ETCM Raja Laut
Utara ETCM Alor Setar (22 hingga 24 Mac)
Utara ETCM Sitiawan
Pantai Timur ETCM Kuala Terengganu (22 dan 23 Mac)
Selatan Melaka

 

Para pelanggan yang ingin melihat Nissan X-Trail Facelift baharu secara dekat dijemput datang ke siri jelajah Nissan dan pameran island display yang bakal berlangsung di seluruh negara mulai 7 Mac 2019 untuk merasai sendiri pengalaman memandu SUV yang lebih pintar, selamat dan sensasi ini. Untuk mengetahui lokasi terperinci tentang siri jelajah dan pameran island display ini, sila layari laman web: www.nissan.com.my/new-xtrail .

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini