Anda seorang yang gemar berjoging tidak kira waktu pagi ataupun malam. Namun adakah anda sedar bahawa kasut juga membantu daripada aspek keselamatan. Baca lebih lanjut mengenai kasut terbaru keluaran “ASICS” ini.

SEBENARNYA ramai yang mengambil ringan mengenai aspek keselamatan ketika berjoging khususnya pada awal pagi dan malam kerana keadaan cuaca yang gelap kadang-kala membahayakan seseorang pelari jika memilih untuk melakukan riadah itu di luar kawasan rumah.

Terdapat juga kes dimana pelari terdedah kepada risiko kemalangan dengan kenderaan kerana mereka sukar dilihat apabila mengenakan pakaian yang gelap tanpa sebarang pantulan cahaya.

Bagi mereka yang memang seorang pelari yang tegar, kasut terbaru keluaran ASICS bagi koleksi tahun baru 2019 mampu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang diperlukan kerana kasut itu direka khas dengan memiliki sifat memantulkan cahaya.

Meskipun berwarna hitam, sebahagian daripada bahan digunakan memberikan pantulan cahaya jelas apabila terkena cahaya lampu kenderaan sekali gus memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya.

Hampir separuh daripada bahan yang dipadankan pada kasut ASICS GT-2000 6 Lite-Show ini memantulkan cahaya malah tapak kasutnya berwarna hijau juga jelas memiliki ciri-ciri keselamatan.

Antara ciri lain pada model kasut ini ialah bahan fabrik digunakan ringan, tapak bahagian hadapan yang lebih lebar yang berfungsi mengurangkan tekanan dan kesakitan pada jari kaki dan kusyen yang lebih mantap.

Rekaan kasut yang lebih selesa turut memberi kesan kepada terjahan tumit kaki ketika berlari tanpa memberi tekanan kepada keseluruhan kaki.

Ini kerana kasut yang sesuai bukan saja menjamin keselesaan si pemakai malah boleh membantu mengurangkan kesakitan bahagian sendi dan tulang belakang.

Sistem sokongan Dynamic Duomax™ adalah satu evolusi dalam rekaan kasut ini yang memberikan kestabilan dan sokongan kepada pemakai serta pada masa sama mengurangkan tekanan dan meningkatkan platform sokongan kepada kaki.

Selain itu, sistem teknologi kusyen berasaskan Gel pada bahagian hadapan dan belakang turut memberikan keselesaan kepada pemakai tidak kira permukaan jalan yang dilalui.

ASICS FluidRide® pada bahagian tengah tapak kasut juga memberikan gabungan kepada kesan lantunan dan penyerapan kusyen yang mampu mengurangkan berat dan ketahanan dalam jangka panjang dalam setiap langkah.

Tidak ketinggalan juga teknologi Flytefoam® dipadankan pada tapak kasut ASICS GT-2000 6 Lite-Show ini yang bertindak secara responsif tidak kira jarak larian dan padanan bahan ini semakin lama menjadi lembut meskipun berulang kali kasut itu digunakan.

Ketika kasut ini diuji, lubang angin pada bahagian sisi tengah kasut ini memberikan keselesaan penuh tanpa kaki berasa lemas akibat terperap terlalu lama menggunakan kasut berkenaan.

Bahan material yang memberikan kesan pantulan cahaya cukup berguna ketika penulis menunggang motosikal kerana ia mampu dilihat dari jarak jauh sekali gus memberikan ciri keselamatan tambahan kepada pemakai.

Natijahnya, pengeluar kasut terkemuka dari Jepun, ASICS memang terkenal sebagai jenama kasut sukan popular dan menjadi pilihan pelari maraton dunia disebabkan teknologi pembuatannya.

Kemajuan teknologi pembuatan kasut kini menyebabkan sesuatu kasut dihasilkan lebih baik dari segi ketahanan, fabrik digunakan dan tampil lebih bergaya.

Kasut ASICS bukan sahaja sesuai dan selesa dipakai untuk ke pejabat kerana warnanya hitam malah sesuai digayakan untuk bersiar-siar dengan rakan, bersenam di gimnasium atau beriadah di taman.

Koleksi kasut ASICS GT-2000 6 Lite-Show ini dipasarkan pada harga RM549 sepasang dan kini boleh didapati di seluruh cawangan ASICS dan pengedarnya di seluruh negara selain boleh didapati di cawangan aL-ikhsaN.

Prestige Sports Sdn Bhd adalah pengedar tunggal ASICS di negara ini yang turut mengedarkan tiga lagi produk sukan lain iaitu Lotto, Teva dan Canterbury.

Orang ramai juga boleh memilih kasut yang sesuai dengan kaki menggunakan teknologi analisis kaki di cawangan ASICS 1Utama iaitu sistem Asics Foot ID. Teknologi analisis kaki inovasi dari Jepun itu memberikan kemudahan buat mereka memahami kesesuaian jenis kasut dalam sukan yang disertai.

Menerusi sistem itu, kaki akan diukur mengikut panjang, lebar dan bentuk tapak kaki sama ada normal, leper atau melengkung. Ia juga digunakan untuk menganalisis secara lebih terperinci cara berjalan dan berlari supaya dapat melihat kesilapan yang dilakukan tanpa disedari.

Tip memilih kasut sukan

  • Pilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki.
  • Pastikan ada ruang sekurang-kurangnya satu ibu jari di hadapan.
  • Ikat tali kasut dengan kemas dan jangan terlalu longgar.
  • Jika memakai kasut baru, ambil masa 30 minit untuk disesuaikan dengan kaki.
  • Gunakan tiga hingga empat kali sebelum digunakan untuk larian penuh.
  • Gunakan stoking yang sesuai mengikut kegunaan sama ada untuk bersantai atau bersukan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini