Pengeluar kenderaan premium membuka halaman yang baharu bagi Mobiliti Bervisi di Malaysia, dengan pertumbuhan cemerlang dalam penyerahan jumlah unit kenderaan serta portfolio produk yang baharu untuk tahun 2019.

BMW Group Malaysia mengorak langkah pada tahun baharu ini sebagai peneraju dalam arena e-mobiliti di Malaysia dengan pengenalan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Tahun 2018 merupakan tahun yang memberangsangkan bagi BMW Group di peringkat global dan kami telah mencerminkannya di sini dengan satu lagi rekod baharu untuk tahun yang kelapan secara berturut-turut dengan penyerahan 14,338 unit kenderaan.

Ia melambangkan peningkatan sebanyak 13% dan angka ini merupakan yang tertinggi dalam segmen pasaran seumpamanya. Pencapaian ini juga memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama di rantau ini bagi BMW Group, dan kami berbesar hati untuk menggarap kejayaan tersebut.

BMW Group Malaysia merangkumi penyerahan yang berjumlah 57% unit kenderaan
menerusi lebih daripada 7,500 unit varian kenderaan Hibrid ‘Plug-in’ BMW dan
MINI pada tahun 2018.

“Sebagai peneraju dalam pembekalan kenderaan berelektrik yang premium di negara ini, kami sentiasa berusaha untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia.

“Kami mula mengikhtiarkan inisiatif-inisiatif ini bersama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) seawal tahun 2015 dan kami juga telah membangunkan beberapa projek dalam rangkaian pengedaran kami di seluruh negara,” kata Hoelzl.

BMW Group Malaysia telah memperkenalkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i yang baharu di Bangsar Shopping Centre, menandakan satu langkah yang penting dalam inisiatif syarikat ini untuk memupuk peralihan negara Malaysia ke arah Mobiliti-Elektro.

Pengenalan infrastruktur baharu ini merupakan susulan kepada Fastiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i yang dibuka di Ramada Plaza oleh Wyndham Melaka, The Banjaran Hotsprings Retreat di Ipoh, Iconic Hotel di Pulau Pinang serta WEIL Hotel di Ipoh yang diperkenalkan pada tahun lalu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini