Eazi Car Sdn Bhd (EaziCar) telah melancarkan kempen pendanaan sebanyak RM300,000 untuk transformasi perkhidmatan e-hailing di Malaysia.
EAZICar berhasrat untuk menjana dana melalui platform Equity Crowdfunding (ECF) Ata Plus.
EaziCar merupakan syarikat perkhidmatan e-hailing berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan peer-to-peer e-hailing dan akan melancarkan operasi mereka di Iskandar Johor.

Platform mereka boleh dicapai melalui aplikasi mobil yang dilancarkan pada bulan Februari 2019. EaziCar telah mengenalpasti yang inovasi dalam teknologi bukannya faktor yang akan menentukan yang masa depan servis e-hailing.
Sebaliknya, ianya bergantung kepada motivasi dan kesetiaan pemandu-pemandu dan para pengguna. Disebabkan itu, EaziCar memberi tumpuan kepada menstruktur dan mereka-bentuk pelbagai insentif kepada kedua-dua pemandu dan pengguna.
Adalah dianggarkan terdapat lebih dari 24 bilion perkhidmatan e-hailing yang telah diberi di seluruh dunia dan 70% daripada itu merupakan angka dari Asia, iaitu sebanyak 16.8 bilion.
Setakat bulan Januari 2019, EaziCar telah mendaftar 428 pemandu di platform mereka, sebelum pelancaran aplikasi mobil mereka; dan dijangka berlipat ganda selepas aplikasi mobil mereka dilancarkan.
Pemandu-pemandu yang berdaftar dengan EaziCar diberi insentif dan fleksibiliti yang tidak tawarkan oleh platform e-hailing lain.

Para pemandu EaziCar hanya perlu berdaftar dengan platform ini sebagai pemandu sekali sahaja untuk menjadi pemandu EaziCar di rantauan. EaziCar tidak mengamalkan kawalan ketat ke atas pemandu mereka, berbanding syarikat e-hailing lain yang mewajibkan pemandu mereka mencapai kuota pemanduan untuk layak mendapatkan sebarang insentif yang ditawarkan.
Pemandu yang layak juga akan diberi faedah perubatan untuk memastikan keperluan asas mereka dilindungi. Pada masa yang sama, EaziCar juga menawarkan insentif kepada pengguna mereka dengan satu sistem ganjaran tunai, iaitu kaedah yang berbeza dari platform e-hailing sedia ada yang kebiasaannya menggunakan point sistem.
EaziCar juga menawarkan rebat jangkamasa panjang kepada pengguna, dengan memberi tambahan 5% untuk setiap tambah nilai atau reload di akaun Eazi Pay mereka.
Dengan generasi sekarang yang amat mementingkan perkhidmatan yang mudah dan efisien, e-hailing telah menjadi suatu perkhidmatan pilihan untuk bergerak dari tempat ke tempat di abad 21.
Menurut statistik, jumlah pengguna e-hailing dijangka meningkat kepada 3.8 juta pada tahun 2019. Satu artikel yang diterbitkan oleh Forbes menyatakan golongan milenial memilih untuk tidak memiliki kereta kerana kebanyakan daripada mereka tidak memerlukan kereta untuk menjalankan kehidupan seharian atau pun mereka tidak mampu untuk membelinya.
Alex Teow Boon Heong, Pengasas bersama dan CEO EaziCar berkata, pihaknya melihat industri e-hailing di Malaysia mempunyai potensi yang besar.
Permintaan e-hailing telah diterima secara meluas sejak servis tersebut mula diperkenalkan pada tahun 2013.
“Dengan strategi EaziCar, kami percaya EaziCar mampu menembusi pasaran Malaysia dalam masa yang singkat dan menjadi platform e-hailing yang dipercayai di negara ini.” katanya.
EaziCar mahu menjana modal dengan tujuan untuk meningkatkan sokongan dari komuniti untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dana dari kempen ECF EaziCar di Ata Plus akan digunakan untuk inisiatif pemasaran dan pembangunan produk.
“Industri e-hailing akan kekal dan dijangka akan berkembang pesat dan berlipat kali ganda dalam masa terdekat,” kata Kyri Andreou, pengasas bersama dan pengarah di Ata Plus.
“Kami optimis yang EaziCar akan memberi kesan dalam pembangunan masa depan industri ini, terutamanya dari segi kesejahteraan penumpang dan pemandu mereka,” tambah Kyri.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat dan maklumat pelaburan, sila layari https://ata-
plus.com/deals/eazicar