Adakah anda sedang mencari kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah import baharu dan terpakai atau recond, boleh datang ke ‘DTC Motors Fest’ anjuran DTC Motors Sdn Bhd hari ini dan esok di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

DTC Motors Sdn Bhd (DTC Motors) menawarkan harga promosi hebat sempena majlis pembukaan rasmi syarikat pengedar kereta import (AP) itu.

Antara barisan MPV yang diberikan tawaran harga menarik sepanjang acara dua hari itu ialah Toyota Estima, Wish, Vellfire dan Alphard dengan pembelian serendah RM95,000!

Lebih menarik lagi dengan setiap pembelian layak mendapat servis percuma dan waranti setahun atau 25,000km (mana-mana satu tiba dahulu).

Servis kenderaan juga ditawarkan dengan caj buruh dan alat ganti serendah RM188 dan paling istimewa, DTC Motors ada menawarkan perkhidmatan servis bergerak, ‘Ez Care’ yang setakat ini dibuka untuk pemilik kenderaan itu di sekitar Lembah Klang.

Pada acara yang akan memperkenalkan logo dan pasukan baharu DTC Motors itu, pengunjung yang datang berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti Smart Tag dan Touch ‘N Go, percutian dalam negeri, barangan elektrik, hamper dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors, Md Afendy Wahid berkata, pelanggan tidak perlu ragu-ragu dengan kualiti kenderaan di sini kerana syarikat ini bukan baharu dalam industri kenderaan import baharu dan terpakai di Malaysia.

“Saya sudah berkecimpung dalam industri automatif sejak 12 tahun lalu, manakala dalam perniagaan kenderaan import terpakai pula sudah lima tahun apabila diberikan tanggungjawab menguruskan Moga Motors, iaitu syarikat yang tidak asing lagi dalam perniagaan ini.

“DTC Motors pun bukan nama baharu, syarikat ini ditubuhkan sejak 1984 yang asalnya berlokasi di Taman Maluri sebelum berpindah ke Kampung Pandan. Saya dan rakan mengambil alih syarikat ini lebih kurang setahun lalu untuk meneruskan bisnes kenderaan import baharu dan terpakai,” katanya lagi.

Menurutnya, antara rancangan syarikat pada tahun ini ialah membuka bilik pameran baharu di Kedah dan Kuantan.

“Kepakaran kami ialah dalam kenderaan dari Eropah, termasuk juga kereta lain yang dibawa masuk daripada pengedar terpilih sama ada dari Britain, Jepun atau Australia.

“Kami di sini lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti dan kami ada ramai pelanggan setia yang datang untuk membeli kereta buat kali kedua dan ketiga.

Sementara itu, Pengerusi DTC Motors, Dato’ Haron Tamby Chik berkata, apa yang membezakan DTC Motors dengan syarikat pengimport kenderaan lain ialah kesemua kenderaan yang dijual adalah berkualiti tinggi dan mementingkan perkhidmatan selepas jualan.

“Sebagai sebuah syarikat Bumiputera, kami menerima 120 permit import (AP) kenderaan pada tahun lalu dan merancang membuka bilik pameran baru pada tahun ini,” katanya.

Dato’ Haron Tamby Chik

Beliau turut berharap, kerajaan akan mengkaji semula beberapa peraturan yang dikenakan kepada syarikat pengimport kenderaan terpakai seperti caj levi RM10,000, duti kastam sebanyak 200 peratus, caj SST sebanyak 6 peratus dan cukai korporat yang didapati membebankan khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar.

DTC Motors Fest turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal yang juga pelanggan DTC Motors iaitu Zizan Razak, Saharul Ridhwan, Nora Danish, Boss Ned, Syamel AF, Ernie Zakri, Norman Hakim, Syed Aiman, Hanif, Johan dan Ray Era fm, Liza Abdullah, Hairul Azrin, Syuk Hot FM dan Kamal Adli.

‘DTC Motors Fest’ berlangsung di bilik pameran DTC Motor Sdn Bhd yang beralamat di Lot 240, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini