Peserta Miss Tourism International melawat PROTON bagi merasai pengalaman di trek ujian dan memberikan cenderamata kepada seramai 25 kanak-kanak dari rumah anak-anak
yatim Sweet Care

PESERTA pertandingan Miss Tourism International (MTI) ke-21 telah berkunjung ke Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) di Subang Jaya untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Proton X70, SUV pertama PROTON di trek ujian PROTON.

Selepas sesi tersebut dijalankan, seramai 45 peserta bersama barisan pengurusan kanan PROTON meraikan seramai 25 orang kanak-kanak dari rumah penjagaan anak-anak yatim
Sweet Care dengan makan tengahari serta menyampaikan cenderamata kepada mereka.

Peserta MTI antara yang pertama merasai pengalaman menaiki Proton X70 baharu hanya selepas dua hari diperkenalkan secara rasmi, Proton X70 sekali lagi menjadi tumpuan apabila SUV pertama PROTON itu telah membawa seramai 45 peserta MTI ke trek ujian PROTON sebelum mereka diberi peluang merasai pengalaman yang mendebarkan.

Para peserta dibawa untuk beberapa pusingan trek ujian tersebut serta demonstrasi tentang bagaimana Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) membantu meningkatkan tahap keselamatan bagi pemandu.

Selain dari keupayaan dinamiknya, fungsi sambungan Proton X70 juga ditunjukkan. Para peserta turut dipertontonkan bagaimana sistem arahan suara membolehkan pemandu mengakses pelbagai fungsi tanpa melepaskan tangan mereka dari stereng dan mengalihkan mata ketika memandu, yang menambahkan lagi tahap keselamatan dan kemudahan tambahan SUV tersebut.

“PROTON berbangga kerana menjadi kereta rasmi untuk pertandingan Miss Tourism International 2018. Aktiviti ini memberi syarikat peluang untuk membantu mempromosikan pelancongan dan budaya Malaysia, yang mana ianya bersesuaian kerana Proton X70 adalah SUV premium pertama dari jenama automotif Malaysia.

Menampilkan gaya yang menarik, ciri-ciri teknologi pintar dan dalaman yang mewah sesuai dengan slogan Syarikat iaitu Intelligence That Inspires, yang merupakan ciri-ciri yang ada pada semua peserta pertandingan ini,” kata Dato’ Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Kanak-kanak dari rumah jagaan anak-anak yatim Sweet Care diraikan di COE menjelang akhir tahun ini, PROTON meluangkan masa dengan meraikan seramai 25 orang kanak-kanak dari rumah jagaan Kanak-kanak Sweet Care untuk makan tengahari di COE.

Selain dari makanan-makanan yang sedap, mereka turut menerima cenderamata, dibawa ke trek ujian menaiki Proton X70 dan meluangkan masa bersama peserta-peserta MTI, yang mana merupakan satu pengalaman yang diharap dapat dijadikan sebagai kenangan indah untuk mereka.

“Di PROTON, kami memberi keutamaan kepada peranan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kerana kami percaya dengan perkongsian rezeki sebanyak yang mungkin kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik.

Dengan meraikan kanak-kanak dari rumah jagaan anak-anak yatim Sweet Care, kami berharap dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada kanak-kanak ini sambil menceriakan kehidupan mereka pada musim perayaan,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini