Kejohanan permainan mudah alih Celcom Axiata Berhad, Celcom Game Hero telah menobatkan Teoh Khay Seng sebagai juara buat kali kedua dengan wang tunai sebanyak RM 100,000.

BELIAU menewaskan peserta lain dengan markah keseluruhan tertinggi iaitu 281,100 dalam pertarungan akhir – ‘Celcom Game Hero – Knight Clash’, iaitu bahagian kelima dan penutup bagi kejohanan permainan mudah alih terbesar di Malaysia.

Teoh, berumur 24 tahun berasal dari Kedah, membawa pulang hadiah tunai utama selepas
berjaya di pertandingan sengit peringkat akhir yang berlangsung secara live selama satu jam.

Beliau kembali sebagai juara yang berpengalaman, kerana pernah dinobatkan sebagai juara untuk pertandingan sebelum ini iaitu Celcom Game Hero : Kill Shot Mobile Tournament Legacy pada April 2018.

Muhammad Zairah Mohd, berumur 28 tahun yang berasal dari Kelantan, telah memperoleh tempat kedua dengan 280,160 mata dan membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000,
manakala Amir Hadi Abdul dari Sabah di tempat ketiga dengan 271,620 mata menerima
hadiah tunai RM 40,000.

Walau bagaimanapun finalis di tangga ke 4 hingga 6 telah dianugerahkan dengan wang tunai RM10,000, dan finalis di tempat ke 7 sehingga 9 masing-masing memperolehi wang tunai RM5, 000.

Hadiah utama ‘Celcom Game Hero’ telah disampaikan oleh Zuwairi Zakaria, Ketua Pemasaran Pengguna dan Analisis, Celcom Axiata Berhad, bersama Alan Pei, Ketua Pegawai Teknologi Techninier, di ibu pejabat baru Celcom di Petaling Jaya.

Celcom sentiasa berusaha ke arah mewujudkan pengalaman pelanggan yang hebat bagi pemain mudah alih, dan ini terbukti dengan kerjasama Techninier Sdn Bhd.

Inisiatif ulung ini memperlihatkan usaha Celcom untuk menjadi jenama yang tersohor dalam gaya hidup digital yang sebenar dan menyeluruh, serta menyokong komuniti pembangun kandungan di Malaysia.

Kejohanan ‘Celcom Game Hero’ keenam bakal diteruskan dengan ‘Space Rider’, bertemakan ‘shoot’em up’, di mana pemain akan berlumba di planet berbeza di atas lima landasan separa bulat sambil menentang musuh dan pelbagai halangan.

Pemain ‘Space Rider’ perlu bertarung untuk mencatat markah tertinggi bagi melayakkan mereka ke pusingan akhir dan memenangi hadiah berbentuk wang tunai.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan permainan mudah alih yang keenam Celcom Game Hero, sila layari www.gamehero.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini