Pelan Hotlink Postpaid Flex Plus RM60 tawar telefon baru Vivo Y81i dengan hanya RM1 atau Vivo Y85 pada harga RM199, dan nikmati panggilan tanpa had bersama 10GB data Internet berkelajuan tinggi setiap bulan

BERIKUTAN kejayaan pelan Hotlink Postpaid Flex yang mendapat sambutan tinggi sejak ianya
dilancarkan awal tahun ini, Hotlink kini menjadikan proses untuk menaiktaraf pelan ke pascabayar lebih mudah dengan pelancaran pelan terbarunya, Hotlink Postpaid Flex Plus
yang ditawarkan bersama sebuah telefon mudah alih dan lebih banyak data.

Pelanggan yang mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus kini boleh memiliki telefon mudah alih Vivo Y81i dengan hanya RM1 atau Vivo Y85 pada harga RM199, bersama dengan
bayaran pendahuluan untuk kedua-dua peranti.

Dengan hanya RM60 sebulan, pelan tersebut menawarkan 10GB data Internet berkelajuan tinggi di rangkaian 4G terpantas di Malaysia, termasuk panggilan dan SMS tanpa had ke semua rangkaian.

“Bagi kebanyakan pelanggan, menaiktaraf dari prabayar ke pascabayar merupakan satu
pengalaman yang berlainan bagi mereka. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, sama ada harga peranti atau pelan itu sendiri.

Hotlink Postpaid Flex Plus menawarkan satu penyelesaian bagi kerumitan yang dihadapi ini, kerana kami menawarkan pelanggan peluang yang mudah untuk memiliki telefon mudahalih terbaru Vivo serendah RM1, di samping menikmati data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB termasuk panggilan tanpa had ke semua rangkaian, dalam rangkaian 4G terpantas.

Dengan menjadikan proses peralihan pelan ke pascabayar lebih mudah, kami menumpukan kepada pelanggan dari produk dalam pelan yang kami tawarkan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Pelanggan boleh mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex Plus dan Hotlink Postpaid Flex di
peniaga Hotlink terpilih, serta semua kedai Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis di seluruh
negara mulai hari ini.

Hotlink Postpaid Flex bermula dari RM30 sebulan, dengan panggilan dan SMS tanpa had ke
semua rangkaian dan data berkelajuan tinggi sebanyak 1GB. Pelan ini memberi pelanggan
lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaik taraf sendiri pelan Internet
mereka berdasarkan apa yang mereka mahu.

Ini termasuk pelbagai pas Internet dan aplikasi tanpa had; aplikasi sosial chat, dan muzik – serendah RM5. Pelanggan juga boleh menikmati kemudahan menguruskan pelan mereka dalam satu bil bulanan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini