Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan varian mewah Nissan Serena 2.0L S-Hybrid yang telah dipertingkatkan secara dinamik dan lebih premium; Nissan Serena J IMPUL Baharu.

NISSAN Serena J Impul direka oleh pakar daripada Nissan dan firma talaan IMPUL, Lip Spoiler Depan dan Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada Nissan Serena dibina khas di Jepun.

New Nissan Serena J IMPUL

 

Ini bagi menghasilkan rekaan 3 dimensi yang tepat menerusi acuan suntikan untuk mencapai downforce sehingga 10% dan menambah baik kestabilan pada kelajuan tinggi.

Rim Aloi IMPUL Millennium bersaiz 18 inci dalam Kemasan Hitam Berkilat menaikkan lagi rekaan mewah dan aspek aerodinamik MPV ini manakala Kerusi Kulit Premium Sulaman Berlian menyerlahkan lagi kemewahan Jepun.

“Pengenalan Nissan Serena J IMPUL Baharu ini direka khas untuk mereka yang mahukan dan menghargai kemewahan Jepun. Manakala sistem 2.0L S-Hybrid terus menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2km/L (NEDC R101), sekali gus memberikan Nissan Serena status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Dengan pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Berkuasa Bebas Tangan, Dua Pintu di bahagian belakang, 7 port USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar dengan Apple CarPlayTM, menjadikan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid sebagai MPV Saiz Sederhana Bukan Nasional paling laris di Malaysia*.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, Nissan Serena J IMPUL hadir bersama jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had.

Sementara aksesori pula didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

*(Sumber: MAA dari Mei hingga Oktober 2018)

* Dengan Cukai Jualan 10% tidak termasuk Insurans, Pendaftaran Peribadi sahaja
* Warna Luaran Dua Tona: Imperial Umber (Bumbung) dengan Cashmere Gold (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Brilliant White (Badan), Diamond Black (Bumbung) dengan Tungsten Silver (Badan)
* Warna Luaran Satu Tona: Cashmere Gold, Brilliant White, Diamond Black dan Tungsten Silver

Pemilik Nissan Serena S-Hybrid (C27) yang berminat boleh menaik taraf Lip Spoiler Depan and Belakang Krom Bersalut J IMPUL pada kenderaan mereka. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke [email protected].

Nissan Serena J IMPUL baharu yang mewah ini akan membuat penampilan pada acara Karnival Pandu Uji Nissan di beberapa bilik pameran terpilih sepanjang dua hujung minggu iaitu 7 hingga 9 Disember dan 14 hingga 16 Disember 2018, bermula jam 10am hingga 8pm.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan merasai sendiri pengalaman memandu Nissan Serena J IMPUL Baharu.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan ETCM Nissan di talian 1800-88-3838.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini