Jualan PROTON pada bulan November 2018 telah mencatatkan sebanyak 4,820 unit, menunjukkan peningkatan berbanding tempoh yang sama pada 2017.

PEGANGAN pasaran pada peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 10.2% meskipun angka sebenar hanya akan disahkan selepas data jualan industri dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Sama seperti bulan sebelum ini, PROTON masih mengekalkan strategi harga yang menarik pada bulan November serta dasar harga tanpa SST di mana Syarikat akan menyerap jumlah cukai untuk kesemua modelnya.

“PROTON meneruskan dasar harga tanpa SST untuk semua model semasa bagi memudahkan pelanggan memiliki kereta Proton. Kami turut membawa jenama Syarikat untuk lebih mudah didekati dengan menyertai aktiviti-aktiviti seperti siri jelajah dan karnival, sekali gus menyediakan lebih banyak saluran untuk melihat, menguji dan membeli kereta Proton.

Bagaimanapun, pada bulan November juga terdapat kekangan sumber yang telah mengehadkan bilangan kereta yang dapat kami hasilkan.

“Justeru itu, dengan peningkatan jualan keseluruhan kami berbanding bulan yang sama pada tahun 2017, Syarikat ingin memohon maaf kepada semua pengedar kerana tidak dapat memenuhi komitmen kami,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Pada Disember 2018, PROTON akan meraikan kemenangan S1K 2018 baru-baru ini melalui promosi “Rebat Juara”. Dengan memenangi S1K untuk kali keempat menerusi empat model yang berlainan, PROTON telah menjadi jenama yang paling berjaya dalam sejarah acara itu, satu fakta yang diiktiraf oleh Syarikat dengan menawarkan rebat sehingga RM3,000 untuk empat buah modelnya iaitu Proton Ertiga, Iriz, Persona dan Saga.

“Kemenangan PROTON di S1K 2018 menggunakan Proton Iriz membuktikan kelajuan dan pengendalian yang ada dalam setiap model Proton. Ia turut mempamerkan kebolehan kereta kami di mana pemenang perlu mengharungi 1000km pemanduan yang sukar dalam situasi perlumbaan.

PROTON percaya akan nilai sukan permotoran yang memberi manfaat kepada jenama dan produk jadi kami akan terus mengambil bahagian dalam pelbagai perlumbaan di
masa hadapan bersama pasukan R3 Proton,” tambah Abdul Rashid Musa.

Berikutan tempahan pra pelancaran Proton X70 yang terus meningkat, orang ramai telah memenuhi gerai PROTON di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 untuk melihat dengan lebih dekat SUV pertama Syarikat.

Pameran tersebut telah menandakan Proton X70 diperkenalkan kepada orang awam buat kali pertama dan melihatkan kepada penerimaannya, pembeli kereta amat teruja untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model pertama yang dihasilkan antara Geely dan PROTON.

Safety Inspection

Memandangkan cuti hujung tahun telah bermula, PROTON ingin menjadikan perjalanan pada musim cuti ini lebih selamat dengan menawarkan pemeriksaan keselamatan 18-mata percuma untuk semua model Proton di pusat servis yang diiktiraf.

Promosi akan bermula pada 4 Disember dan diteruskan sehingga akhir bulan Februari 2019 untuk merangkumi hari terakhir cuti sekolah, perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina.

“Keselamatan jalan raya adalah salah satu keutamaan kami dan PROTON sentiasa mencari cara untuk meningkatkan keselamatan kenderaannya. Pada tahun ini, kami ingin menawarkan kepada semua pemilik Proton dengan perkhidmatan pemeriksaan keselamatan 18-mata percuma di semua pusat servis yang diiktiraf.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini