AirAsia memulakan perkhidmatannya dari Singapura ke Ipoh, mengukuhkan lagi hubungannya ke Bandaraya Bunga Kertas itu.

PENERBANGAN itu berlepas dari Terminal 4 Lapangan Terbang Changi pada jam 11:40 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh pada jam 1.00 petang.

Setibanya di Ipoh, para tetamu disambut oleh Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak Tan Kar Hing, Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Paul Yong Choo Kiong, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Zuraida Md Taib, Pengurus Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Mohd Ali Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, “Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan laluan kedua AirAsia, dan laluan antarabangsa pertama yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan ini ke Ipoh.

Pada tahun 2017, Perak mencatat seramai 7,639,800 kedatangan pelancong domestik dan juga seramai 267,245 ketibaan pelancong antarabangsa.

Ini membuktikan bahawa terdapat permintaan dan penawaran yang ketara bagi industri pelancongan di negeri ini. Kerajaan Perak juga percaya bahawa perkhidmatan terus empat kali seminggu AirAsia ke dan dari Singapura juga akan membantu negeri ini merealisasikan wawasan kami untuk menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Justeru, kami berusaha keras untuk memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan baik untuk mengalu-alukan lebih ramai kedatangan para pelancong ke Perak.”

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Zuraida Md Taib (Lima dari kiri), Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak Tan Kar Hing, Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Paul Yong Choo Kiong, Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan Kapten AirAsia Affendy Syed Omar di majlis perasmian penerbangan Singapura-Ipoh di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, “Sejak pelancaran laluan Johor Bahru-Ipoh kami pada bulan Oktober, kami telah membawa hampir 10,000 orang tetamu ke dan dari Ipoh, yang terdiri daripada warganegara China, Indonesia, India dan Singapura.

Perkhidmatan baharu Singapura merupakan usaha kami untuk memperluaskan rangkaian di Ipoh, dan kami berharap ia akan menyumbang kepada peningkatan pelancong ke Ipoh dan Perak secara keseluruhan. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan lembaga pelancongan Perak atas sokongan dan kerjasama mereka yang berterusan.”

Untuk meraikan perkhidmatan terbaru tersebut, AirAsia menawarkan promosi tambang daripada RM59* dari Ipoh ke Singapura. Tawaran tersebut tersedia untuk ditempah di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari sekarang hingga 16 Disember 2018 untuk penerbangan segera sehingga 5 Mei 2019.

AirAsia kini menghubungkan Ipoh ke Johor Bahru dan Singapura dengan 16 penerbangan pergi-balik seminggu. AirAsia juga akan meningkatkan kekerapan penerbangannya dari Johor Bahru ke Ipoh dari empat ke tujuh kali penerbangan seminggu bermula 12 Februari 2019.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja termasuk cukai. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini