Empat pilihan minyak pelincir terkini daripada Castrol POWER1 dirumus untuk memenuhi keperluan prestasi motosikal dan skuter anda
CASTROL Malaysia melancarkan Castrol POWER1 yang serba baru dengan empat pilihan terkini, kesemuanya diciptakan untuk menepati keperluan khusus motosikal.

Hasil paduan teknologi yang telah diperbaharui dan spesifikasi produk yang telah dipertingkatkan, formulasi baru ini memperhebatkan lagi prestasi kenderaan.
Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L, Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L dan 10W-40 1L.
Selain itu, dua pilihan sedia ada iaitu Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L turut diperkenalkan semula dengan formulasi yang dipertingkatkan.
Berbanding dengan produk-produk pesaing, Castrol POWER1 dengan Power Release TechnologyTM mengoptimumkan geseran untuk memberikan peminat motorsikal pecutan yang lebih pantas dan hebat dalam setiap pulasan pendikit.
Dalam ujian pecutan 5.2km 3-peringkat menggunakan enjin supersports 101kW 4-silinder, Castrol POWER 10W-40 baru adalah 6.6 saat lebih pantas berbanding pesaing 10W-40 dan 2.8 saat lebih pantas berbanding formulasi terdahulu.

Berucap di majlis pelancaran, Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia berkata, “Kami sentiasa berkembang untuk sejajar dengan keperluan pengguna. Castrol POWER1 baru merupakan hasil daripada inisiatif ini.
“Yang paling utama adalah fokus kami untuk terus menawarkan yang terbaik – sama ada rangkaian serba baru atau penambahbaikan formula, ia dijana menerusi bertahun-tahun pengalaman serta penyelidikan yang menyeluruh.”
Jika Castrol POWER1 menawarkan pecutan hebat dalam setiap pulasan pendikit, Castrol POWER1 SCOOTER baru dengan Scootek TechnologyTM pula menawarkan pecutan hebat dengan setiap sentuhan pada pendikit.
Selain itu, Castrol POWER1 CRUISE dengan Power Sustain TechnologyTM berupaya mengendalikan haba dan geseren dalam motorsikal berkuasa tinggi, memberikan tenaga berterusan ketika penunggangan jarak jauh.
Sebagai penaja pasukan Castrol LCR Honda dan bersempena dengan MotoGP, Castrol turut mengumumkan Castrol POWER1 RACING dengan Race Derived TechnologyTM baru yang terbukti mampu mengekalkan kekuatan dan memberikan pecutan dalam keadaan trek perlumbaan.
Dikuasakan oleh Castrol POWER1, Stefan Bradl yang telah menggantikan Cal Crutchlow yang tercedera, berjaya menghangatkan Sepang dalam perlumbaan 20 pusingan yang sangat mendebarkan.