Hampir 80,000 kediaman di Melaka telah dipasang dengan meter pintar, sekali gus menjadikan kumpulan pertama rakyat di negara ini yang boleh disifatkan sebagai pengguna pintar elektrik.

TENAGA Nasional Berhad (TNB) sedang giat memasang meter pintar di semua 340,000 pelanggan kediamannya di Melaka selepas mendapat maklum balas positif dari projek perintis pemasangan meter berkenaan di negeri itu dan Putrajaya tahun lalu.

Penggunaan meter pintar merupakan sebahagian inisiatif diperkenalkan TNB selaras dengan pelan strategik yang sedang dilaksanakannya sehingga 2025 bagi meningkat kepuasan pelanggan.

Bagi menjayakan pelan strategik itu, TNB sentiasa melakukan inovasi dan memanfaatkan teknologi untuk membentuk masa depannya.

Meter pintar yang telah lama digunakan di negara-negara maju, membuka jalan ke arah masa depan yang lebih pintar, hijau dan penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Kelebihan utama adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isirumah.

 

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini