Realme2 Pro adalah produk paling laris dijual dalam kalangan semua produk pada ‘Shopee 11.11 Big Sale’

SUSULAN kejayaan pelancarannya pada 7 November, Realme, jenama telefon pintar baru yang berkualiti tinggi, telah mencatatkan jualan sebanyak 2,500 unit untuk Realme 2 Pro dalam hanya 3 jam dan merupakan produk terlajak laris pada Shopee 11.11 Big Sale!

Pencapaian mengagumkan ini mencipta satu rekod baru bagi jualan pertama di Shopee dalam kalangan semua jenama telefon pintar.

Selepas hanya empat hari dilancarkan, telefon pintar kelas flagship Realme terbukti menjadi pilihan baru dalam kalangan golongan muda di Malaysia yang menginginkan telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan skrin penuh dewdrop, pemproses ultra-responsif, serta rekaan yang anggun – semua ini pada harga berpatutan.

“Kami amat teruja melihatkan Realme 2 Pro mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan di acara jualan dalam talian pertamanya di Malaysia, dengan sebanyak 2,500 unit dijual dalam masa 3 jam di Shopee 11.11 Big Sale! yang terlajak laris.

Permintaan yang begitu tinggi terhadap telefon pintar yang pantas, bergaya dan mampu dimiliki menunjukkan Realme sedang menuju ke arah yang betul. Ia turut merupakan satu pencapaian besar buat kami dalam kerjasama kali pertama ini dengan Shopee. Kami tidak sabar-sabar untuk meneruskan kejayaan ini di Shopee sekali lagi tidak lama kemudian,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama, Realme Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Realme kerana berjaya melancarkan Realme 2 Pro di Shopee di Malaysia. Penciptaan rekod baru jualan telefon pintar di platform kami, terutamanya bagi jualan Realme secara dalam talian buat kali pertama, merupakan satu prestasi cukup menakjubkan.

 

Dalam 4 hari selepas pelancarannya di Malaysia, jelasnya terdapat permintaan terhadap jenama ini serta peranti Realme 2 Pro. Sebagai antara platform e-dagang terkemuka di Malaysia, kami sangat teruja untuk berganding tangan dengan jenama muda ini, dan terus berusaha sama untuk membawa produk, inovasi dan jenama baru untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.

Kami tidak sabar menyaksikan Realme 2 Pro menggapai lebih banyak kejayaan bersama Shopee,” kata Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia.

Sehari selepas kejayaan jualan Realme di ‘Shopee’s 11.11 Big Sale’ KC Har, Pengurus Produk, Realme Malaysia dan Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia telah turun padang sendiri untuk menghantar Realme 2 Pro kepada Cik Qi yang tinggal di Kuala Lumpur.

Ia merupakan satu kejutan manis buat pelanggan bertuah ini, kerana beliau tidak menyangka akan menerima unitnya begitu cepat setelah membuat pembelian di Shopee.

“Susah nak percaya! Saya amat gembira dapat menerima Realme 2 Pro dalam masa yang begitu singkat, dan tidak sabar-sabar untuk mencuba semua cirinya yang menarik! Terima kasih Realme Malaysia dan Shopee Malaysia kerana menjadikan permulaan minggu saya begitu mengujakan!” ujar Cik Qi.

Realme 2 Pro mempunyai kapasiti RAM sehingga 8GB dan 128GB memori simpanan dalaman (ROM), dan mampu menerima kad mikroSD sehingga 256GB. Selain itu, pilihan 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 64GB ROM juga boleh didapati pada harga yang lebih mampu dimiliki.

Realme 2 Pro dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660AIE yang memberikan ciri prestasi yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, serta Adreno 512 GPU yang dilengkapi enjin AI untuk pengalaman AI yang sebenar dan lancar.

Realme 2 Pro menggunakan sistem AI Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5.2 yang hadir dengan lebih banyak ciri asas bagi mengoptimumkan keberkesannya untuk penggunaan harian.

Dengan paparan skrin penuh dewdrop seluas 6.3 inci, Realme 2 Pro mempunyai nisbah skrin kepada badan sehingga 90.8%. Badan belakang Realme 2 Pro dilapisi laminasi terdiri daripada 15 lapisan atom, dengan rekaan halus yang memberikan kesan lut cahaya bak titisan embun.

Tawaran Khas di Shopee semasa ‘Shopee 11.11 Big Sale’:
4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga runcit biasa ialah RM 849)
6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga runcit biasa ialah RM 949)
8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga runcit biasa ialah RM 1,099)

Realme juga akan menganjurkan satu lagi acara jualan untuk Realme 2 Pro di Shopee Malaysia pada 15 November, pukul 9 pagi. Maklumat lanjut mengenai pelbagai tawaran tersebut boleh didapati tidak lama lagi. Jangan ke mana-mana.

Untuk maklumat lanjut mengenai Realme 2 Pro di Shopee, sila layari laman sesawang berikut:https://shopee.com.my/realme.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini