AirAsia terus meluaskan rangkaian domestiknya dengan memulakan perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, semalam.

Penerbangan sulung AK6230 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia2) pada jam 7:05 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan pada jam 7:55 pagi.

Kuantan adalah destinasi AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) ke-17 selain Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Ipoh, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Labuan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini