PROTON dengan bangga mengumumkan bahawa Proton telah dianugerahkan secara rasmi rekod ‘Bilangan Orang Paling Ramai dalam MPV’ oleh Malaysia Book of Records.

ANUGERAH itu telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo di Sunway Velocity Mall pada 28 September.

Rekod terbaharu diraih dengan kereta Proton iaitu Proton Exora, yang digunakan semasa pusingan akhir Cabaran Ace the Space.

(from left to right)
Gillian Ooi, Director of Business Development of the Malaysia Book of Records, Christopher Wong, Chief Operating Officer of the Malaysia Book of Records, Muzam Shah Kamal, Head of Corporate Office, PROTON, Gobind Singh Deo. Minister of Communications and Multimedia, Dato’ Micheal Tio, Chief Executive Officer of the Malaysia Book of Records

Seramai 55 peserta dari pasukan Girls Power dari Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) telah berjaya dimuatkan dalam MPV tersebut, sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records dan mengalahkan rekod sebelum ini iaitu seramai 41 peserta di dalam sebuah kereta Proton yang diperoleh semasa pusingan awal.

Rekod terbaharu ini akan memberikan dorongan kepada PROTON untuk menambah lebih banyak rekod termasuklah cubaan untuk memasuki Guinness Book of World Records.
Proton Exora memenuhi keperluan setiap masa

Model PROTON yang dipamerkan di jelajah MBR Live! adalah Proton Ertiga dan Proton Exora yang digunakan untuk menciptakan rekod tersebut. Orang ramai juga telah dijemput untuk menyahut cabaran dengan memuatkan seramai yang boleh di dalam kereta yang sama untuk membuktikan keluasan sebuah Proton Exora.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Abdul Rashid Musa berkata, syarikat telah melibatkan diri dalam siri jelajah ini untuk membawa jenama dan kereta-keretanya lebih dekat kepada rakyat Malaysia.

“Kami percaya bahawa dengan menyertai jelajah MBR Live! ini, PROTON berpeluang mempromosikan semangat ‘Malaysia Boleh!’ dan pada masa yang sama mengingatkan kembali kepada pembeli mengenai nilai yang ada pada setiap kereta Proton.

“Dengan kemampuan memuatkan seramai 55 orang di dalam sebuah MPV, kualiti dan kekuatan Exora terbukti boleh memenuhi keperluan pada bila-bila masa,” katanya.

Dengan reka bentuk yang bergaya dan prestasi yang telah dipertingkatkan, Exora adalah sebuah model dengan tujuh tempat duduk yang dibina untuk membawa anda dan sekeluarga ke pengembaraan yang lebih hebat.

Bermula dari gril hadapan yang menonjol sehinggalah aksen bumbung hitam dan spoiler di bahagian belakang, Exora memberikan pelbagai gaya dalam setiap peringkat.

Dikuasakan oleh enjin 1.6L turbo, model ini dilengkapi dengan ciri-ciri hiburan dan keselesaan.

Apabila bercakap mengenai keselamatan pula, Exora melindungi anda dan keluarga anda melalui ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Kawalan Cengkaman dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) beserta Pengagihan daya brek elektronik (EBD).

31 RECORDS RELATED TO PROTON IN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
NO YEAR DETAILS
1 1995 Greatest Military Stuntman (Across 6 Proton Saga)
2 1995 Youngest Professional Racer (debut race in the Malaysia Proton Saga Championships)
3 1995 First National Car
4 1997 First Malaysian Team to Win Safari Rally (Proton Satria)
5 1998 Largest Autofair (EON)
6 1998 First Malaysian Car to Land in the North Pole
7 1998 Largest Convoy of a Single Make
8 1998 Most Successful Rally Duo (Proton also snagged the Manufacturer’s title in 2002 and 2004)
9 1999 First Malaysian Made Commercial Engine (installed in 3 cars including Proton Satria)
10 1999 Longest No-Engine Oil Run
11 1999 Longest Non-Stop Drive
12 2000 First Malaysian Designed Car
13 2001 First Formula One Driver (started racing in a Proton Saga)
14 2003 Largest Service Centre (Glenmarie)
15 2003 Most Number of Service Centres
16 2003 Most Number of Showroom
17 2003 Most Number of Cars Sold
18 2005 Largest Proton Satria Gathering
19 2005 Largest Gathering of Car Clubs (ALL brands)
20 2006 Most Fuel Economy Challenge
21 2007 Longest Distance Travelled by Perdana Convoy
22 2011 First Car Manufacturer to Win Eight Major Titles in a Championship (Proton Satria Neo)
23 2012 Longest Distance Travelled by Perdana Convoy
24 2013 Largest Gathering of Proton Exora Cars
25 2013 Largest ‘Car Horn’ Orchestra (ALL brands)
26 2013 First Full Scale Crash TEST Laboratory (7 Brands)
27 2014 Most Expensive Number Plate Sold (for a Proton Suprima)
28 2014 Largest Gathering of National Cars (Proton and Perodua)
29 2014 Biggest Logo Formation using Exora Cars
30 2015 Largest Gathering of Proton Exora Cars
31 2015 Largest Gathering of National Cars (Proton and Perodua)
32 2018 Most People in an MPV
*Sourced from Malaysia Book of Records

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini