Sensasi terbaharu dari KFC kini tiba! Para penggemar KFC bakal disajikan dengan satu lagi hidangan menakjubkan iaitu KFC Zinger Waffle Burger.
CIPTAAN terbaharu ini merupakan sebuah olahan unik kepada burger Zinger KFC kegemaran ramai, dan ianya berbeza daripada hidangan burger biasa.
KFC Zinger Waffle Burger ini menampilkan kelazatan di setiap lapisan. Tidak dihidangkan bersama roti biasa, burger ini menampilkan wafel Belgian empuk yang mengapit filet ayam Zinger pedas bersama kepingan ayam rangup.
Ianya dicurahkan dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC bagi menghasilkan kombinasi menyelerakan di antara manis dan pedas bersama ciri empuk dan rangup.
“Kami sedia maklum bahawa generasi kini gemarkan kelainan di dalam hidangan makanan dan ini menjadi inspirasi kami untuk mencipta konsep burger istimewa yang lazat dengan ciri lain daripada yang lain.
Burger ini bukan sekadar hidangan ringkas biasa kerana ianya padat dengan ramuan yang mampu mengenyangkan di samping memenuhi selera unik para penggemar KFC. Anda pasti tidak mahu melepaskannya,” kata Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.
KFC Zinger Waffle Burger boleh didapati secara à la carte bermula daripada RM13.50. Hidangan masa terhad ini juga terdapat di dalam kombo serta Mega Box. Kombo Zinger Waffle Burger didatangkan bersama Crispier Fries dan minuman Pepsi Black. Manakala, Mega Box didatangkan bersama seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe.
Boleh didapati di KFC Delivery dan semua restoran KFC seluruh negara bermula 2 Oktober 2018, sementara stok masih ada. Ianya bukan sekadar Zinger, bukan sekadar Wafel. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my