Celcom Axiata Berhad akan menjadi operator pertama di Asia untuk menawarkan Koble, platform digital bagi padanan niaga-ke-niaga (B2B) kepada pelanggan perusahaannya.

PELANCARAN aplikasi Koble dilaksanakan selari dengan portfolio Celcom Business yang telah ditambahbaik bagi produk yang memfokuskan produk perusahaan digital.

Pada Ogos 2018, Xpand, iaitu unit perniagaan bagi produk penyelesaian perusahaan dan IoT kepada Kumpulan Axiata Berhad, telah menandatangani perjanjian bagi perlesenan eksklusif menawarkan Koble di Asia.

(L-R) Surinderdeep Singh, Head of Enterprise Business and Solutions, Celcom Axiata Berhad, Asri Hassan Sabri, Chief Executive Officer of Xpand and Fabrice Saporito, Founder and Chief Executive Officer of Koble Inc.

Pelancaran oleh Celcom merupakan penampilan pertamanya di Asia, bagi menyediakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan perkhidmatan pemadanan bagi mencari pembeli atau pembekal yang berpotensi untuk peluang komersial.

Integrasi Koble dalam portfolio perkhidmatan Celcom Business membolehkan platform tersebut mencipta rangkaian peluang perniagaan bagi perusahaan di Malaysia dalam saiz dan skop yang begitu meluas.

Melalui usahasama ini, kesemua pelanggan Celcom akan menikmati faedah eksklusif seperti kadar yang istimewa bagi pakej Koble dan kempen yang direka khas untuk mereka.

“Saya amat berbesar hati untuk menambah Koble sebagai salah satu produk bagi penyelesaian kepada PKS dan perusahaan,” menurut Mohamad Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Celcom Axiata Berhad.

“Celcom dan Axiata, dengan liputan LTE yang meluas serta barisan produk penyelesaian yang komprehensif, pastinya amat teruja untuk membantu dalam meningkatkan produktiviti dan potensi untuk memperluaskan perniagan mereka dalam pasaran digital.”

Platform Koble membolehkan ahli perniagaan untuk meneroka, berhubung, dan melancarkan urusan perniagaan mereka dengan pembeli dan pembekal dari seluruh negara.

Menyedari keperluan untuk menambahbaik rangkaian niaga-ke-niaga (B2B) yang dahulu hanya direka untuk penjenamaan individu, platform Koble direka untuk menggabungkan kuasa rangkaian sosial dengan kepintaran dalam penyesuaian yang dijana oleh kepintaran buatan (AI) dan individu, seterusnya menambahbaik pengurusan perhubungan di antara pembeli dan penjual yang berpotensi serta ingin memperkembangkan perniagaan mereka.

“Kami teruja untuk untuk memasuki pasaran Asia dengan pelancaran di Malaysia bersama Celcom, bagi membantu perusahaan kecil di seluruh negara untuk menyelesaikan cabaran utama mereka, iaitu mencari pelanggan baru,” menurut Fabrice Saporito, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Koble.

“Saya percaya aplikasi dan platform Koble akan menjadi rangkaian sosial pilihan oleh pembeli di Malysia dalam mencari pelanggan baru untuk perniagaan dan menjalankan urusan dengan mereka dalam masa yang singkat.”

Walaupun pembelian atas talian bagi B2B adalah dua kali lebih tinggi daripada pembelian perniagaan ke pelanggan (B2C), pasaran periklanan digital yang bernilai USD300 bilion kini lebih mensasarkan pelanggan dan didominasi oleh platform seperti Facebook dan Google.

Kurangnya perbelanjaan kepada periklanan B2B di sebalik pembelian adalah disebabkan oleh bentuk perolehan dan pembelian B2B yang lebih kompleks.

Koble menghapuskan kesukaran pembelian dan penjualan atas talian bagi B2B dengan menggabungkan rangkaian pelanggan untuk penggunaan lebih cepat dengan keperluan keperluan perniagaan, seperti keaslian dan privasi.

Melalui cara ini, ia lebih mudah bagi golongan professional bertemu bagi komunikasi perniagaan dengan faedah bersama dalam menangani isu :

•Kekecewaan dalam pencarian pembekal dan akses kepada pembeli yang berkelayakan.
•Gangguan dan ketidakselesaan daripada capaian yang tidak diingini dan penolakan
•Pembaziran sumber daripada masa pencarian dan kos pemasaran yang tinggi.

Pengguna dalam rangkaian Koble akan mempunyai akses kepada ciri yang ditawarkan secara percuma atau premium termasuk :

•Penyasaran: Membolehkan perniagaan untuk memilih kumpulan professional yang tepat atau syarikat yang mereka ingin dekati bagi tujuan perniagaan – sama ada syarikat yang spesifik atau pembeli yang mempunyai keperluan pembelian yang sama.
•Readometer: membantu perniagaan untuk mengetahui berapa banyak masa yang digunakan oleh pengguna untuk profil dan kandungan. Ini termasuklah gambar, PDF dan video.
•Perbualan tanpa mendedahkan identiti: Membolehkan pembeli menyembunyikan identiti peribadi dan hanya menggunakan identiti syarikat; dan boleh berkongsi maklumat tersebut pada bila-bila masa yang mereke kehendaki.
•Perbandingan Prestasi Pesaing : Membolehkan perniagaan membuat perbandingan dalam penglibatan mereka dan potensi untuk mendahului  vendor lain.
•TrueReview: Menawarkan elemen seperti Yelp dalam peMbelian B2B. Pembekal Dan pembeli diberi kedudukan yang bergantung kepada ulasan terhadap mereka, yang bermaksud kedudukan yang tinggi bergantung kepada lebih banyak maklumbalas yang positif.

Dengan langganan bermula daripada RM40 sebulan bagi setiap pengguna, Koble mengurangkan kos yang biasa dibayar oleh perniagaan di Malaysia dalam mendapatkan petunjuk perniagaan yang berpotensi dalam jumlah yang besar.

Dalam suatu kaji selidik melalui Google yang dijalankan dalam bulan Julai 2018, Koble mendapati perniagaan di Malaysia membayar kira-kira RM300 sehingga RM900 bagi mendapatkan petunjuk perniagaan yang sesuai.

Pelanggan Celcom yang sedia ada dan baru akan menikmati faedah harga yang eksklusif dan kempen khas :
●Pelan Koble Pro selama 3 bulan secara percuma dengan komitmen tahunan untuk
●Diskaun 50% bagi pelan permulaan Koble dan Koble Pro

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini