Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, penubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Tabai (Ayata) perlu dijadikan contoh kerana penubuhan pusat itu memberi banyak kemudahan anak-anak yatim disekitar Tabai dan Narawatihs.

KETUA NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke badan berkenaan untuk melihat perkembangan projek sekolah, asrama, dewan makan dan masjid yang hampir siap.

Badan kebajikan itu mempunyai tanah seluas enam ekar membabitkan pembinaan asrama, kelas pengajian, dewan makan, masjid, asrama wanita dan padang bola dengan kos yang dianggarkan RM1 juta.

Mustapha turut memuji langkah yang diambil oleh Pengerusi Ayata, Ustaz Nawawi Yunus dan Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Anak Anak Yatim Tabai (Ayata) kerana berusaha membantu anak anak yatim ini.

“Langkah yang dibuat ini boleh menjamin masa depan anak-anak yatim mendapat tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna.

Mustapha menerima cenderamata dari Ustaz Nawawi (kanan)

“NGO Antarabangsa menyokong usaha murni ini malah kita juga berusaha untuk membantu badan ini mana yang termampu dan semoga impian badan ini terlaksana dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ayata Ustaz Nawawi Yunus berkata, beliau amat menyanjung tinggi NGO Antarabangsa yang begitu prihatin malah banyak membantu Ayata.

“Buat masa Ayata telah membelanjakan sebanyak RM931.250 untuk pembinaan bangunan sekolah asrama, dewan, masjid manakala Jalan Padang juga akan dibuat setelah kita ada duit.

Rumah tempat menjual air mineral dan sabun kegunaan membasuh pingan mangkuk di kedai-kedai makan

“Kita amat mengalu-alukan derma dari kawan-kawan di Malaysia dan kita juga merayu penderna yang bermurah hati bagi menyiapkan masjid ini yang memerlukan sebanyak 600,000 bath iaitu kira-kira RM75,000 bagi menyiapkan keseluruhannya masjid,” katanya.

Setakat ini, projek itu secara keseluruhannya sudah hampir 70 peratus siap dan Ayata ketika ini mempunyai 80 anak yatim terdiri dari lelaki dan wanita.

Bagi menampung keperluan ini badan tersebut menjual air mineral dan sabun di sekitar Tabai bagi tujuan menampung operasi Ayata kelak namun masih memerlukan dana daripada penderma yang bermurah hati.

Penyerahan dokumen sekolah agama yang dibuat oleh NGO Antarabangsa kepada Ustaz Yusof di Kg Jamuan, sempadan Kemboja Vietnam

Dalam pada itu, Mustapha turut menekankan ciri-ciri keselamatan harus ditekankan bagi badan ini daripada pembinaan bangunan, kawasan sekitar khususnya untuk anak-anak yatim yang tinggal di Ayata nanti.

“Saya kagum dengan semangat dan daya usaha Ayata menubuhkan badan ini, saya harap ianya menjadi contoh ditempat lain di mana badan ini mengikut dua pengajian.

“Para pelajar akan belajar di sekolah Kerajaan sebelah pagi dan sebelah petang mereka meneruskan pengajian Agama Al-Quran dan lain lain,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini