Perodua kembangkan perniagaan B&P dengan pelaburan RM2 juta oleh pengedar untuk pusat baharu di Kelantan.

PERODUA telah memperkenalkan pusat Badan Kenderaan dan Cat (B&P) yang ke-66 di sini untuk memenuhi keperluan para pelanggan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pusat baharu yang bernilai RM2 juta ini dimiliki dan dikendali sepenuhnya oleh pengedar Perodua, Nasrom (M) Sdn Bhd.

“Kami mengiktiraf dan menghargai pelaburan yang dibuat oleh Nasrom (M) Sdn Bhd
serta komitmen mereka dalam memenuhi keperluan pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato Dr Zahari Husin.

Beliau berkata, Perodua akan terus menambahbaik kemudahan B&P yang sedia ada ataupun mewujudkan kemudahan baru dalam memenuhi keperluan lebih daripada 3.2 juta pemilik kenderaan Perodua setakat ini di seluruh negara.

“Di samping meningkatkan kemudahan kepada para pelanggan kami, fasiliti baharu ini juga membuktikan komitmen kami dalam mengembangkan eko-sistem ​automotif tempatan, terutamanya pengedar bebas seperti Nasrom (M) Sdn Bhd.

Perodua Sales Sdn Bhd Managing Director Dato’ Dr Zahari Husin

“Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab Perodua sebagai syarikat kereta nasional,” katanya.

Terletak di kawasan seluas 17,000 kaki persegi, kemudahan B&P baharu ini mampu
membaiki sehingga 1,080 kereta setahun. Fasiliti ini terletak di Lot 12972 & 12973,
Kg Padang Kala, Daerah Peringat, 16150 Kota Bharu.

Dengan kemudahan baharu ini, pelanggan kami akan dijamin dengan mutu kerja yang berkualiti dan alat ganti yang tulen dalam proses membaiki kereta mereka.

“Kakitangan kami yang sah akan turut membantu dalam proses tuntutan insurans. Kami amat memahami bahawa membaiki kenderaan amat memberi tekanan, namun begitu kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan pengalaman anda dengan kami menjadi mudah dan menyenangkan,” kata Pengarah Urusan Nasrom (M) Sdn Bhd Ab. Alim @ Ab. Halim Hassan.

Dilantik sebagai pengedar sah Perodua sejak 1994, Nasrom (M) Sdn Bhd turut mengendalikan cawangan 1S (jualan) dan cawangan 2S (servis dan alat ganti), kedua-duanya di Kubang Kerian.

“Kami mendapati Perodua sentiasa bersikap adil dengan rakan-rakan niaganya dan amat berbesar hati untuk melabur di kemudahan baharu ini kerana kami percaya jika Perodua berkembang pesat, begitu juga perniagaan kami di sini,”kata Ab Alim.

Nasrom (M) Sdn Bhd Managing Director Ab. Alim @ Ab. Halim Hassan

Ab. Alim berkata, daripada 66 buah pusat B&P Perodua di seluruh negara, tujuh berada di Pantai Timur, meliputi kawasan Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Jerantut dan Kota
Bharu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini