Jentera perlu bersedia menempuh sebarang cabaran politik. Jentera perlu bijaksana dalam menyampaikan informasi !

DUA gambaran itu menjelaskan betapa Jentera Penerangan UMNO sebagai “frontliner”  dalam menjelaskan dan mendekati rakyat yang semakin gelisah terutama berhubung kos sara hidup dan polisi kerajaan Pakatan Harapan yang masih tidak menentu.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap agar jentera penerangan UMNO di peringkat akar umbi bersedia menempuh sebarang cabaran politik yang mendatang.

“Kita perlu menonjolkan “bijaksana” dalam pendekatan menyampaikan informasi melalui apa saja platfom yang mampu.

“Saya harap jentera penerangan faham dan sedar apa cabaran yang berada akan kita tempuhi.

“Jadi dengan cabaran dan situasi politik yang serba baru sekarang ini, jentera penerangan kena menggunakan pelbagai cara dalam melaksanakan aktiviti penerangannya.

“Ketika ini kita sedar tentang kegelisahan rakyat mengenai pelbagai perkara akibat beberapa polisi dan tindakan terbaru Kerajaan PH, termasuklah SST, isu kedaulatan undang-undang soal pendidikan, isu agama dan sebagainya.

“Apa yang berlaku hari ini telah menimbulkan kegelisahan rakyat”, katanya yang melakukan sesi pertemuan dan penerangan bersama seluruh jentera penerangan UMNO Sabah di sini.

Dr Shamsul menegaskan, UMNO mestilah terkehadapan dalam memberikan informasi kepada rakyat serta menjadi suara rakyat dalam mengkritik dan membantah segala dasar dan polisi kerajaan yang tidak memihak kepada rakyat di negara ini. menjuarai semua isu ini.

Setakat ini, jentera Jabatan Penerangan UMNO Malaysia telah pun menyusun program penerangan dan telah bergerak ke beberapa buah negeri termasuk di Sabah.

Selain itu, menurutnya,  semua jentera penerangan UMNO empat peringkat di bahagian dan akar umbi mesti digerakkan dan proaktif yang usaha untuk menyebarkan maklumat dan informasi terkini dengan lebih efektif.

Menurut beliau, dalam usaha untuk memulihkan imej UMNO di mata rakyat, gerakan di organisasi penerangan empat peringkat di bahagian dan cawangan adalah amat penting supaya UMNO terus dilihat sebagai parti yang sebenarnya membela rakyat di negara ini.

“Oleh itu, saya minta jentera penerangan UMNO disemua peringkat mesti digerakkan dan diaktifkan.

“Apabila jentera penerangan mula bergerak di peringkat akar umbi,  saya percaya segala agenda atau program parti dapat dihebahkan dengan baik dan sempurna kepada ahli dan juga rakyat di sekitar kawasan itu”, katanya. – BacalahMalaysia.com

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini