Anda merancang untuk melancong ke luar negara dalam masa terdekat ini dan bercadang untuk membawa wang tunai yang banyak namun berfikir dua kali sama ada langkah membawa wang tunai ini selamat. Ketahui lebih lanjut mengenai kad pintar yang lebih selamat ini.

MERCHANTRADE Asia Sdn Bhd (Merchantrade) pada Januari lalu, melancarkan perkhidmatan e-wang – Kad Visa Pra Bayar Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money yang boleh menukar Ringgit Malaysia secara digital ke pelbagai mata wang pada kadar pertukaran yang dikehendaki oleh pelanggan.

Kad yang dikenali sebagai Merchantrade Money dengan saiz dompet RM10,000 ini menawarkan urus niaga dalam 11 mata wang antaranya dollar Australia, pound sterling, rupiah Indonesia, dollar Singapura dan dollar Amerika.

Keupayaan Merchantrade Money untuk menukar mata wang Ringgit Malaysia ke mata wang asing di mana sahaja memberi fleksibiliti dan keselesaan kepada pelanggan untuk melakukan urus niaga dalam mata wang yang mereka kehendaki pada kadar pertukaran mata wang yang telah dikunci.

Langkah itu memberi faedah dan kelebihan kepada pelanggan yang ingin memaksimumkan nilai wang mereka dan memastikan mereka tidak terjejas dengan naik turun kadar pertukaran mata wang asing.

Malah, Merchantrade Money menawarkan kemudahan pertukaran wang 24-jam kepada pelanggan di serata dunia termasuk mereka yang sedang berada di luar negara.

Pemilik kad itu boleh melakukan tambah nilai di semua cawangan Merchantrade, platform digital serta ejen-ejen yang mengambil bahagian malah pengeluaran juga boleh dilakukan termasuk di semua mesin juruwang automatik (ATM) yang mempamerkan logo Visa.

Tambah nilai melalui saluran Internet pula menerusi CIMB Clicks, Maybank, JomPay dan FPX. Apabila dana dimasukkan ke dalam kad, ia boleh digunakan untuk membeli barangan atau perkhidmatan di kedai-kedai yang menyediakan Visa.

Kelebihan memiliki kad ini turut mempunyai ciri Visa payWave yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran tanpa sentuh sehingga RM250.

Sejak kad itu diperkenalkan, kumpulan pekerja asing yang bekerja di negara ini adalah antara golongan yang paling ramai menggunakannya kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai buku akaun bank tempatan dan menjadikan kad ini untuk menyimpan gaji setiap bulan.

Kumpulan pekerja asing ini juga turut menggunakan kemudahan kad itu untuk mengirimkan wang ke kampung halaman masing-masing tanpa perlu membawa wang tunai yang banyak sekali gus mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian.

Contoh kadar tukaran mata wang mengikut negara yang sentiasa dikemaskini

Selain itu, kad itu turut dimiliki kumpulan profesional khususnya ahli perniagaan yang sering ke luar negara, pelancong dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang menuntut di universiti di luar negara.

Pelanggan Merchantrade kini merangkumi pengembara, expatriat, pelajar serta pekerja asing yang merupakan pengguna tegar yang mendapatkan perkhidmatan kaunter syarikat berkenaan termasuk perkhidmatan pertukaran wang dan perkhidmatan dalam talian iaitu e-Remit dan e-Forex.

Penggunaan kad ini yang mudah, fleksibel, selamat dan pantas untuk membuat pembayaran kerana diterima di seluruh dunia.

Merchantrade Money menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pemegang kad termasuk mengirim wang kepada orang tersayang dan membeli-belah dalam talian dengan mudah melalui aplikasi mudah alih.

Faedah yang boleh dinikmati daripada kad ini

  • Ketenangan tanpa perlu membawa wang tunai
  • Kemudahan membuat bayaran dan perkhidmatan di jutaan perniagaan seluruh dunia
  • Pengeluaran tunai di cawangan Merchantrade, ejen terpilih serta 12,000 mesin ATM Visa di Malaysia dan 2 juta seluruh dunia (setakat Julai 2017)
  • Akses kepada pelbagai perkhidmatan 24 jam sehari
  • Tiada forex tersembunyi atau caj berbilang mata wang untuk Dompet Mata Wang Tersenarai sekiranya anda membuat bayaran di luar negara menggunakan mata wang tempatan yang dimasukkan dalam dompet kad

Kelebihan menggunakan aplikasi Merchantrade Money

  • Membeli atau menjual mata wang di aplikasi dengan kadar terbaik
  • Tambah nilai ke akaun secara dalam talian (online)
  • Hantar wang ke pemegang kad lain dalam aplikasi
  • Semak rekod transaksi dan baki wallet dalam waktu semasa
  • Beli-belah secara online untuk lebih banyak produk dan perkhidmatan

Adakah kad ini selamat?

Semua transaksi menggunakan kad ini selamat kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan sama ada menerusi Kata Laluan Satu-Masa (OTP) untuk transaksi atas talian atau Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) untuk transaksi menggunakan pembaca cip terminal Kad atau transaksi ATM.

Mana lebih selamat, tandatangan atau PIN?

PIN adalah lebih selamat kerana ia dapat membantu melindungi daripada penipuan akibat Kad yang hilang atau dicuri, kerana Kad dan PIN diperlukan untuk melakukan transaksi. Oleh sebab itu, anda mesti merahsiakan PIN anda setiap masa.

 

Bagaimana untuk memohon Kad Prabayar Visa Merchantrade Money?

Pemohon boleh terus pergi ke cawangan Merchantrade atau ejen terpilih untuk mendapatkan kad dan mengisi borang permohonan disediakan.

Pemohon perlu berumur sekurang-kurangnya 12 tahun ke atas untuk memohon Kad ini dan perlu menyediakan butiran atau dokumen untuk mendapatkan kad. Maklumat lanjut boleh melayari laman web www.merchantrademoney.com atau hubungi talian 1-300-88-8606 atau 03-83138606

Sejak Kad Visa Pra Bayar Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money dilancarkan Januari lalu, kad itu sudah mencatatkan tambah nilai mencecah 100 juta dalam tempoh enam bulan.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini