ookyo, satu-satunya pelan prabayar digital di Malaysia yang menawarkan Internet berkelajuan tinggi tanpa had untuk aplikasi pilihan anda

MULAI hari ini, semua pelanggan ookyo akan menikmati Internet tanpa had untuk 4 aplikasi pilihan mereka – tanpa sebarang sekatan atau syarat – sepanjang hari, setiap hari.

Anda sekarang boleh memilih 4 aplikasi daripada lebih daripada 100 aplikasi, dan juga menikmati data berkelajuan tinggi tambahan sebanyak 5GB serta panggilan dan SMS tanpa had, dari hanya RM30 sebulan.

Di samping itu, pengguna boleh menikmati kelajuan terpantas, kerana ookyo dikuasai oleh
Maxis 4G. ookyo adalah 100% pelan prabayar digital, dimana keseluruhan perkhidmatan dan pengalaman boleh diuruskan sendiri dengan mudah dari aplikasi ookyo, termasuk
pendaftaran, pengurusan aplikasi, perkhidmatan pelanggan dan pembayaran.

Pelanggan mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran melalui debit langsung dan memilih untuk memperbaharui pelan mereka secara automatik.

“Apa yang membuatkan ookyo sangat menarik adalah ia memberi pengguna kawalan
sepenuhnya untuk menikmati Internet mengikut keinginan mereka. Pelan ookyo baharu ini
seiring dengan kehendak pasaran. Kini, terdapat pelbagai aplikasi yang baharu dan popular
yang sentiasa muncul, dan kami ingin memberi pengguna kebebasan untuk memilih 4 aplikasi kegemaran mereka.

Mereka juga mempunyai fleksibiliti untuk menukar pilihan mereka pada bulan seterusnya. ookyo merupakan satu-satunya pelan prabayar digital yang memberi tawaran ini. Jika aplikasi kegemaran anda tidak termasuk dalam senarai kami, sila beritahu kami.

Kongsikan melalui aplikasi ookyo dan kami akan cuba masukkannya dalam senarai kami,” kata Maybel Chan, Ketua ookyo.

Dengan ookyo, anda akan menikmati:
 Internet tanpa had bagi 4 aplikasi pilihan anda – Anda tidak terhad kepada aplikasi
popular sahaja. Kini, pilih dari lebih dari 100 aplikasi, termasuk YouTube. Senarai ini
sentiasa dikemas kini, berdasarkan permintaan pelanggan.
 Internet berkelajuan tinggi tambahan sebanyak 5GB termasuk dalam pelan ini, untuk
kegunaan Internet anda yang lain
 Panggilan dan SMS tanpa had untuk hanya RM8 sebulan
 Tambah Internet tanpa had untuk lebih dari 100 aplikasi – Jika 4 aplikasi tidak mencukupi, dengan hanya serendah RM3 sebulan, pelanggan boleh menikmati Internet
tanpa had untuk aplikasi lain, seperti penstriman video, permainan, filem, muzik, dan
banyak lagi
 Kredit Google Play percuma – Nikmati 10% kredit Google Play dengan setiap Ringgit
yang dibelanjakan di kedai ookyo. Kredit ini boleh digunakan di mana-mana sahaja di
Google Play Store termasuk pembelian in-app serta pembelian filem, buku dan majalah di
Play Store.
 Rangkaian yang boleh dipercayai – ookyo dikuasakan oleh Maxis 4G, dan ini bermaksud pelanggan boleh menikmati pengalaman Internet yang amat pantas dan lancar. ookyo boleh digunakan melalui kedua-dua rangkaian 3G dan 4G.

Pengguna boleh mendaftar ke ookyo secara digital. Mereka hanya perlu mendaftar di laman
web ookyo (www.ookyo.com.my), atau memuat turun aplikasi ookyo dari Google Play Store. SIM percuma akan dihantar kepada mereka tanpa caj.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini