Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan varian baharu untuk rangkaian model Ranger – Ford Ranger 2.2L Wildtrak kini sudah boleh didapati di semua bilik pameran di seluruh negara.

VARIAN Ford Ranger 2.2L Wildtrak baharu memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah trak pikap paling lasak, berkeupayaan dan versatil di dunia.

Selain memiliki segala ciri terbaik yang ada pada model teratas Wildtrak, model 2.2L Wildtrak mempunyai rangkaian kuasa lebih kecil dan mampu milik.

  • Ditawarkan pada harga RM127,8881 (*RM133,8882 – harga Sabah & Sarawak) varian Ford Ranger 2.2L Wildtrak baharu hadir bersama tawaran servis penyelenggaraan percuma selama dua tahun/40,000km untuk pelanggan terawal
  • Sempena pengenalan varian baharu dan sambutan ulang tahun ke-10 Sime Darby Auto Connexion, sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport dan 15 unit telefon pintar Huawei Mate 10 Pro sedia untuk dimenangi oleh pelanggan dengan pembelian mana-mana model Ford Ranger

“Ranger terus menjadi pilihan rakyat Malaysia. Kami yakin bahawa varian Ford Ranger 2.2L Wildtrak baharu ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ini kerana ia menggabungkan keupayaan luar biasa, tahan lasak, teknologi pintar dan keselamatan, penjimatan bahan api serta keselesaan yang kini lebih mampu milik,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ford Ranger 2.2L Wildtrak dikuasakan oleh enjin diesel empat silinder Duratorq 2.2 liter yang mampu menjana kuasa maksimum 160PS pada 3,000rpm dan tork puncak 385Nm pada 1,600 hingga 2,600rpm.

Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, enjin yang telah ditambah baik ini dikaliberasi sebaiknya untuk memaksimumkan penjimatan bahan api, tanpa mengorbankan aspek kuasa dan prestasi yang dimahukan oleh para pengguna Wildtrak.

Tampil dengan rekaan luaran yang maskular, tersendiri dan moden, di samping ruang dalaman seperti kereta yang membuatkan Ford Ranger Wildtrak lebih menyerlahkan berbanding trak pikap lain, varian 2.2L baharu juga dilengkapi rangkaian ciri keselamatan yang pintar.

Antaranya ialah sistem ketersambungan SYNC 3 dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto. Sistem stereng kuasa elektrik (EPAS) juga menawarkan rasa stereng yang tepat pada kelajuan tinggi dan lebih mudah dikendalikan ketika hendak menukar haluan pada kelajuan rendah.

Sama seperti semua model Ford Ranger, varian 2.2L Wildtrak direka dan dijurutera untuk menangani pelbagai rintangan paling ekstrem dengan mudah. Keupayaan mengharung air sedalam 800mm yang mendahului kelasnya, tahap kelegaan tanah setinggi 235mm, kapasiti mengangkut muatan sehingga 1,000kg dan kemampuan menunda luar biasa sehingga 3,500kg memastikan bahawa Ranger bersedia untuk apa jua cabaran.

Varian baharu Ford Ranger 2.2L Wildtrak hadir dengan tawaran penyelenggaraan dan servis percuma selama dua tahun/40,000km (mana-mana tiba dahulu) untuk pelanggan terawal. Tawaran sama turut diberikan kepada varian Ranger 3.2L Wildtrak.

Ford Ranger 2.2L Wildtrak didatangkan dalam tiga warna pilihan – putih (Cool White), oren (Pride Orange) dan hitam (Shadow Black).

Built Ford Tough, Kini Lebih Pintar

Reka bentuk luaran yang agresif memberikan Ford Ranger Wildtrak baharu penampilan lasak dan sofistikated, sekali gus menyerlahkan keupayaannya yang luar biasa. Ruang dalaman yang bergaya, bersama teknologi dan ciri pintar menawarkan kabin yang selesa, kontemporari dan seperti sebuah kereta yang sememangnya ideal untuk tujuan kerja, pemanduan harian dan mengharungi laluan mencabar pada hujung minggu atau hari cuti.

Sebagai varian teratas dalam rangkaian model Ford Ranger 2.2L, model baharu ini dilengkapi barisan teknologi pintar dan ciri keselamatan seperti varian 3.2L Wildtrak. Ciri-ciri utama termasuklah:

  • SYNC 3 sistem ketersambungan di dalam kereta generasi terkini Ford dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci, ia menawarkan cara yang lebih selamat dan pintar untuk kekal terhubung menggunakan arahan suara semula jadi
  • Satu soket kuasa 240-volt yang boleh digunakan untuk mengecas komputer riba atau tablet di mana-mana sahaja, walaupun jauh dari bandar
  • Lane Departure Warning memberi amaran kepada pemandu dengan getaran pada stereng jika ia mengesan kenderaan terkeluar dari laluannya. Jika tiada langkah diambil untuk membetulkan keadaan, ciri Lane Keeping Aid akan menggerakkan stereng supaya kenderaan kembali ke laluan yang betul.
  • Adaptive Cruise Controlmenggunakan alat pengesan radar untuk disesuaikan dengan keadaan trafik. Sebaik sahaja kelajuan jelajah ditetapkan, kenderaan akan diperlahankan apabila aliran trafik meningkat dan kembali ke kelajuan yang telah ditetapkan apabila laluan di hadapan sudah lancar
  • Adjustable Speed Limiter membantu memastikan pemandu tidak melebihi kelajuan maksimum yang telah ditetapkan
  • Forward Collision Alert & Mitigation by Brakes memberi amaran dalam bentuk bunyi dan visual pada cermin utama apabila ia mengesan kemungkinan berlakunya kemalangan. Sistem itu juga akan menekan brek lebih awal untuk meningkatkan kuasa berhenti
  • 4×4 shift on the fly membolehkan mode pemanduan di antara 2WD dan 4WD High atau Low ditukar dengan hanya memutar satu tombol
  • Electronic locking rear differential membantu mengunci roda belakang untuk memaksimumkan kuasa cengkaman di atas permukaan jalan yang mencabar, apabila kenderaan sukar memastikan kedua-dua roda belakang di atas tanah ada masa yang sama.
  • Sistem MyKey membolehkan pemilik mengubah suai tetapan kereta termasuklah kelajuan maksimum, tahap audio dan amaran tali pinggang keledar
  • Electronic Stability Program merupakan teknologi keselamatan yang meningkatkan kestabilan kenderaan dengan mengesan dan mengurangkan kehilangan daya tarikan (tergelincir).
  • Hill Launch Assist
  • Hill Descent Control
  • Adaptive Load Control mengira berat dan titik graviti apabila membawa beban bagi mengoptimumkan aspek keselamatan serta prestasi pemanduan
  • Kamera undur dengan alat pengesan parkir di hadapan dan belakang
  • Emergency Brake Assist
  • Enam beg udara (dua di hadapan, sisi dan curtain)
  • Sistem penggera kecurian volumetrik
  • Immobiliser
  • ISOFIX untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak

Bukan itu sahaja, sempena pelancaran varian Ford Ranger 2.2L Wildtrak baharu dan meraikan ulang tahun ke-10 SDAC, para pelanggan yang membeli dan mendaftar mana-mana model Ranger mulai sekarang hingga 30 Jun 2018 berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport.

Malah, terdapat 15 unit telefon pintar Huawei Mate 10 Pro untuk dimenangi. Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah dengan lima unit telefon pintar untuk dimenangi setiap bulan. Sementara hadiah utama akan diumumkan selepas cabutan terakhir dibuat pada Jun.

Sebagai tambahan, tag beg ‘Built Tough’ yang direka khas akan disediakan untuk mereka yang memandu uji mana-mana model Ford sepanjang tempoh kempen tersebut.

Maklumat lanjut mengenai Ranger dan Ford, layari laman web multi-bahasa SDAC (www.sdacford.com.my), yang turut menampilkan ciri chatbot dalam Bahasa Inggeris.

Harga Jualan Ford Ranger Wildtrak

  1. RM127,888 – Harga termasuk GST, di atas jalan tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja.
  2. *RM133,888 – Harga Sabah & Sarawak termasuk GST, di atas jalan tidak termasuk insurans dan untuk pendaftaran peribadi sahaja.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini