Buat julung kalinya SYM Malaysia memperkenalkan VF3i baru ke pasaran Malaysia.

SYM VF3i dilengkapi dengan enjin SOHC empat injap 185cc silinder tunggal dan penyejukan cecair yang merupakan kapasiti terbesar dalam kategorinya.

Motosikal ini mematuhi piawaian Euro 3 dan menawarkan kelebihan kuasa 17.7hp pada 8500 rpm, semuanya dihantar ke roda belakang melalui transmisi 6 kelajuan. Casis ini dilengkapi dengan sepasang fork depan teleskopik; penyerap hentakan tunggal dengan gegelung spring teleskopik lembapan minyak di bahagian belakang & brek cakera tunggal 250mm yang besar di cakera depan dan 200mm di bahagian belakang.

Selain itu, kelebihan motosikal kapcai ini juga dilengkapi tangki bahan api 7 liter yang besar, sesuai untuk tunggangan jarak jauh dan mampu bergerak sejauh lebih 100 kilometer dengan satu tangki penuh.

Rekabentuk badan aerodinamik yang direka oleh SYM membantu penunggang mengurangkan rintangan angin semasa menunggang. Di samping itu, SYM VF3i dilengkapi dengan lampu LED DRL yang terang di hadapan yang membolehkan SYM VF3i
mudah dilihat pada hari yang cerah, sepasang lampu isyarat LED sporty dan lampu LED belakang juga disertakan.

Selain itu, speedometer jentera ini dilengkapi dengan reka bentuk yang bergaya hasil gabungan digital dan analog. Harga SYM VF3 yang berpatutan ini berbanding motosikal moped yang lain dari kategori yang sama pasti menarik minat peminat kapcai yang akan kagum dengan apa yang mereka dapat.

SYM VF3i boleh didapati dengan warna Merah, Biru dan Hitam Matte (SE).

Harga Jualan SYM VF3i

Model Standard : RM7,988.00

Model Edisi Khas : RM8,288.00

(Harga tidak termasuk GST dan insurans)

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini