Tahun ini, LBS Bina Group Berhad (LBS Bina) dengan pelbagai portfolio pembangunan telah mendapat pengiktirafan dengan merangkul beberapa anugerah.

SYARIKAT pemaju itu menerima anugerah Kecemerlangan dalam kategori Best Touch and Feel untuk pembangunan Simfoni Perdana, anugerah Kepujian dalam kategori Neighbourhood untuk pembangunan perbandarannya, LBS Alam Perdana, anugerah Merit dalam kategori Long Life untuk pembangunan BSP21 dan “Anugerah All-Star – Top Ranked Developers of the Year”.

“Kami berasa amat berbesar hati untuk tergolong dalam kelompok pemaju terbaik negara. Sejak dari mula lagi, LBS Bina telah memberi penekanan kepada reka bentuk berkualiti dan nilai untuk para pembeli kediaman kami.

Kami menganggap kejayaan kami adalah kerana kami memahami keperluan para pembeli kediaman kami yang sentiasa berubah dan kami memenuhi keperluan-keperluan tersebut dengan mencipta dan mereka ruang kehidupan yang mempunyai nilai tambah.

Pengiktirafan ini memberi motivasi kepada kami semua di LBS untuk terus membina lebih banyak pembangunan pemenang anugerah yang menarik pada masa hadapan,” kata Pengarah Urusan LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San.

Konsep klasik moden LBS yang diilhamkan untuk Simfoni Perdana berjaya menawan hati para hakim dengan kualiti dan kemasan perinciannya yang halus seterusnya menerima Anugerah Best Touch and Feel Award (Excellence).

Terletak di perbandaran LBS Alam Perdana, 980 buah rumah-rumah bandar Simfoni Perdana direka bentuk dengan kombinasi minimalis moden dengan sentuhan ciri-ciri klasik purba. LBS memanfaatkan ciri keluasan dan tona neutral, dipadankan dengan hibrid bahan-bahan moden dan ukiran-ukiran kolonial dalam usaha untuk menarik generasi hari ini yang arif menilai.

LBS ternyata menjadi petanding terhebat pada malam tersebut kerana pemaju ini juga turut merangkul anugerah kedua, Anugerah Neighbourhood (Honours) untuk perbandaran LBS Alam Perdana. Satu bukti kepada kekuatannya sebagai sebuah pemaju perbandaran, anugerah tersebut ialah penghargaan untuk LBS Alam Perdana, sebuah perbandaran butik seluas 470 ekar yang terletak di Puncak Alam, Selangor.

Strategi menang LBS untuk mereka bentuk sebuah perbandaran berpusatkan komuniti yang disokong oleh tiga tunggak utuh dan bermatlamat untuk mengeratkan perhubungan terbukti terserlah di mata para hakim StarProperty.my.

Tiga tunggak tersebut ialah kebolehmampuan (pembangunan berharga dari RM340,000 dan program rumah mampu milik Rumah SelangorKu dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia [PPA1M]), kesalinghubungan (lebuhraya) dan komuniti (ruang dan kemudahan untuk masyarakat).

Anugerah Long Life ialah satu lagi kategori yang diketengahkan pada acara tahun ini yang menunjukkan trend semakin ramai pembeli kediaman mengambil kira komponen kesihatan dan kesejahteraan apabila membeli kediaman.

Tambahan kepada senarai anugerahnya yang mengagumkan, LBS telah menerima Anugerah Long Life (Merit) untuk pembangunan BSP21. Terletak di perbandaran Bandar Saujana Putra (BSP), BSP21 ialah sebuah pembangunan 10 blok yang direka untuk keluarga bandar dengan gaya hidup yang mencabar. Ia menonjol kerana ia menyediakan lebih 70 fasiliti dan kemudahan di bawah satu bumbung.

“Mampu dimiliki, kesalinghubungan dan komuniti ialah tiga tunggak penting yang kami percaya menentukan kejayaan pembangunan kami. Kami telah membina ruang kehidupan dalam julat pertengahan dan mampu milik selama bertahun-tahun.

Inilah sebabnya kenapa LBS mempunyai kehadiran yang kukuh dan dapat terus berkembang dalam segmen ini. Anugerah-anugerah yang kami terima adalah pengiktirafan ke atas kerja keras pasukan LBS dan bukti bahawa pencari rumah kediaman menghargai pembangunan dan ciri-ciri berpusatkan komuniti kami,” jelas Tan Sri Lim.

Kemuncak kepada kejayaan ini, LBS Bina Group Berhad turut terpilih sebagai antara 15 pemaju tempatan yang menerima “Anugerah All-Star – Top Ranked Developers of the Year”, sebagai menghargai usaha konsisten menggabungkan tawaran-tawaran nilai tambah ke dalam projek-projek hartanahnya.

Datuk Wira Joey Lim, Pengarah Eksekutif LBS Bina Group Berhad, menerima anugerah Kecemerlangan dalam kategori Best Touch and Feel untuk pembangunan Simfoni Perdana, anugerah Kepujian dalam kategori Neighbourhood untuk pembangunan perbandarannya, LBS Alam Perdana, anugerah Merit dalam kategori Long Life untuk pembangunan BSP21, manakala Dato Cynthia Lim menerima “Anugerah All-Star – Top Ranked Developers of the Year bagi pihak LBS Bina Group Berhad pada makan malam gala Anugerah StarProperty.my 2018 yang telah diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur.

18 kategori lain pada Anugerah StarProperty.my 2018 termasuklah Anugerah WOW, Anugerah Skyline, Anugerah FamilyFriendly, Anugerah Five Elements, Anugerah Poseidon, Anugerah Earth Conscious, Anugerah Niche & Unique, Anugerah Just-Walk, Anugerah Starter Home, Anugerah Cornerstone, Anugerah Small is Big, Anugerah Safe and Sound, Anugerah Business Estate, Anugerah Northern Star, Anugerah Eastern Star, Anugerah Borneo Star, Anugerah All-Star dan Anugerah Happy Buyer.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini