Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, jam 8.17 pagi tadi.

SITI Nurhaliza Tarudin, 39, selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, dia bersyukur kerana urusan bersalin Siti dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segalanya selamat. Apa yang penting proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat,” katanya

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, Siti berada dalam keadaan baik dan buat masa sekarang hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat.

“Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

“Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu,” katanya.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan suami meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. Gambar dari instagram CTDK

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini