Hampir kehabisan minyak, mahu ke tandas, ataupun dikelilingi kanak-kanak yang berjerit-jeritan di dalam kereta ketika anda menghadapi kesesakan lalu lintas? Kami semua pernah melalui situasi-situasi tersebut. Alangkah baik jika kami dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas buat sementara waktu.
WAZE dan Petron telah menyediakan penyelesaian untuk membantu para pemandu mengelakkan kesesakan jalan raya, dan tuju ke stesen minyak Petron terdekat untuk mengisi minyak kereta mereka sambil berehat sebentar.
Sebahagian dari usaha untuk menawarkan lebih banyak kandungan berguna kepada para pengguna, Waze memperkenalkan fungsi Jenama Kegemaran agar pengguna dapat mengenal pasti jenama kegemaran mereka terus dari dalam aplikasi tersebut.
Petron merupakan syarikat Malaysia pertama yang menggunakan fungsi Jenama Kegemaran bagi memudahkan para pengguna memilih ‘Petron’ sebagai jenama kegemaran mereka.
“Petron dengan sukacitanya bekerjasama dengan Waze untuk membantu para pelanggan mencari jalan yang tersingkat ke stesen minyak Petron. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, para pelanggan dapat melihat tawaran produk terkini kami agar mereka tidak terlepas kempen dan promosi kami yang penuh keseronokan dan juga ganjaran,” kata Faridah Ali, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit Petron Malaysia.
“Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Petron dan menawarkan para pengguna Waze dengan lebih banyak kemudahan bagi perjalanan harian mereka. Kerjasama ini membolehkan mereka mencari stesen minyak Petron yang berdekatan dalam hanya beberapa saat,” kata Edward Ling, Pengurus Negara Waze Malaysia.
Para pengguna hanya perlu mencari stesen minyak yang berdekatan, ketik ke dalam halaman lokasinya, dan seterusnya ketik pada ikon berbentuk hati di pusat halaman tersebut.
Dengan Waze dan Petron, anda tidak perlu risau tentang kesesakan lalu lintas lagi! Muat turun aplikasi Waze sekarang dan cuba sendiri fungsi ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com