‘Teman tapi mesra’ Ayda, pelakon Redza Rosli meluahkan isi hati di laman Instagram (IG) miliknya sempena sambutan ulang tahun ke-26, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat, semalam.
Redza, 26, berkata, Ayda banyak membantu saat dia jatuh dan melalui kesukaran dalam hidup.
“Ayda, saya sangat menghargai bantuan dan sikap ambil berat anda dalam kehidupan saya selama ini. Anda ada bersama saat saya jatuh, membantu saya apabila berada dalam kesukaran, ketawa bersama serta menunjukkan kebaikan dan kasih sayang.
“Saya benar-benar mengagumi kekuatan dan fokus ditunjukkan dalam kerjaya dan peribadi anda. Disebabkan anda juga saya menjadi lebih kuat,” tulisnya.
Menerusi status sama, Redza yang juga pelakon Ku Kirim Cinta akui perkenalan dengan Ayda adalah pengalaman yang cukup berharga.
“Belajar daripada anda adalah pengalaman yang cukup berharga buat selamanya. Tulus dari hati saya, selamat hari lahir.
“Saya doakan anda sentiasa gembira, sihat dan cantik di mata saya. Selamat menikmati hari istimewa anda,” titipnya lagi.
Dalam masa sama, Redza yang turut menyambut hari jadi hari ini menerima kejutan daripada Ayda semalam.
Menerusi IG Story Ayda, Redza diraikan dalam majlis ringkas bersama ahli keluarga yang lain. Gambar dari Instagram Ayda Jebat