Pada 15 November, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi pengiktirafan kepada tiga kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kerana telah membantu memberikan maklumat dan melaporkan kes rasuah.

TIGA kakitangan itu adalah Ahmad Aallehin Mustaffa, Ketua Unit Pembangunan Bakat, Bahagian Modal Insan, SSM; Fahmi Affendy Hassim, Ketua Unit, Seksyen Operasi Pejabat Negeri dan Janatul Almas Mohammad, Ketua Unit Pendaftaran, Seksyen Skim Kepentingan, Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran.

SSM dalam kenyataannya berkata, pihak SSM juga telah memberikan anugerah khas sempena pengiktirafan tersebut kepada ketiga-tiga orang ini.

Anugerah disampaikan pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 yang berlangsung di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini