Wagyu ialah baka lembu di Jepun, di mana ‘Wa’ bermaksud Jepun, dan ‘gyu’ bermaksud lembu. Pada waktu dahulu lembu Wagyu digunakan dalam bidang pertanian dan memiliki ketahanan fizikal.
APA yang menarik sangat mengenai daging wagyu ini yang sering menjadi bualan ramai? Adakah ini disebabkan harganya mahal atau memiliki khasiat yang tinggi?
Jom ikuti pengalaman penulis menikmati daging premium ini yang hanya satu-satunya boleh didapati di Restoran JAHHET Fine Meat di Taman Nirwana Ampang. Restoran ini menyediakan daging lembu wagyu halal yang pertama dari jenis Miyazaki-Gyu Jepun yang mempunyai kualiti serta citarasa yang unik dan tersendiri.
JAHHET Fine Meat ini terletak dilokasi strategik dan mudah dilihat di tepi jalan iaitu di Blok 2, Ground Floor City Garden Commercial Center, Jalan Nirwana, 38, Taman Nirwana, Ampang. Nak senang Waze je!
Apa istimewanya daging Wagyu
Daging wagyu ini sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbeling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.
Harga gred daging wagyu paling tinggi iaitu A5 BMS 12 boleh mencecah RM25,000 sekilogram. Kalau tak percaya singgah di JAHHET, mereka ada semua 15 jenis gred wagyu dari A, B dan C.
Menurut pemilik JAHHET Fine Meat, Chef Mustaffa Othman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Mus, berkata bagi seekor lembu yang sudah siap disembelih sebenarnya mempunyai 2,743 keratan bahagian daging.
Untuk pengetahuan pembaca, daging wagyu sebenarnya lebih baik daripada daging lembu biasa kerana ia tidak mengandungi lemak tepu sekali gus mereka yang menghidap penyakit gaut dan darah tinggi boleh menikmatinya.
Daging lembu Wagyu (Miyazaki Beef) adalah daging bergred tinggi yang diternak di Miyazaki, Jepun. Lembu ini diberi makan sayur organik, jagung dan diberi minum air sungai yang mengandungi mineral tinggi dari kawasan pergunungan Kirishima.
Apa yang menarik ialah lembu wagyu dari Miyazaki memenangi Anugerah Perdana Menteri dalam Pameran Kompetitif Kebangsaan Wagyu pada tahun 2007 dan 2012.
Wagyu dari Miyazaki atau lebih dikenali di Jepun dengan Miyazaki Gyu adalah daging terbaik di Jepun yang telah memenangi The Champion Brand in Japanese Beef Competition since 2007 selama tiga kali berturut-turut iaitu 2007, 2012 dan 2017. Pertandingan ini berlangsung setiap lima tahun sekali.
10 Fakta menarik daging wagyu
- Terdapat 15 jenis gred daging terbahagi kepada A, B dan C
- Gred daging paling terbaik ialah gred A5 BMS 12
- Harga daging gred A5 BMS 12 mencecah RM25,000 sekilogram
- Harga daging gred B berharga antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram
- Harga daging gred C berharga antara RM400 hingga RM800 sekilogram
- Lebih banyak Marbeling (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu
- Tiada sebarang minyak atau garam digunakan ketika dipanggang
- Daging wagyu dimasak pada kadar ‘medium well’
- Pisau khas digunakan untuk memotong daging wagyu
- Tidak boleh dimasak lebih dari 10 minit bagi menjaga keenakan daging
Pengeluaran daging wagyu juga bebas dari antibioktik, hormon dan kimia. Lembu wagyu disembelih apabila mencapai umur antara 28 bulan sehingga 32 bulan. Paling best, lembu wagyu juga diurut bagi membolehkan dagingnya kekal lembut dan enak ketika dimakan.
Mengapa memilih Restoran JAHHET Fine Meat
Bagi peminat steak atau wagyu, memang inilah tempat yang paling sesuai untuk menikmati sendiri steak yang paling best. Nama JAHHET ini berasal dari gelaran Mak JAH (nama isteri pemilik kedai) yang gemar menjahit. Gabungan ini menjadi JAHHET.
Menurut Pak Mus yang berasal dari Kelantan ini, beliau memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang penyembelihan dan kulinari kerana pernah menuntut dalam bidang “Master in Butchering & Culinary” di sebuah kolej swasta dan menetap selama 11 tahun di Britain. Beliau juga pernah berkhidmat dengan sebuah keluarga Diraja di Eropah.
Apa yang menariknya, sebaik sahaja hidangan daging wagyu ini siap dimasak, anda perlu menikmatinya dengan segera kerana sebaik sahaja daging itu dikunyah didalam mulut, anda tentu dapat merasakan kemanisan atau ‘Juicy’ sebenar daging wagyu ini.
Daging ini cukup lembut dan seolah-olah ‘mencair’ sendiri di dalam mulut dan manis dimakan begitu sahaja tanpa perlu mencicah sebarang sos. Tak Percaya? Cuba dulu baru tahu betapa enaknya daging wagyu ini. Bila dah cuba tentu nak lagi…..
Ketika ini, terdapat dua cawangan restoran JAHHET Fine Meat di Ampang dan Bandar Baru Bangi.
Konsep restoran JAHHET Fine Meat
Menurut pemilik restoran ini, JAHHET adalah satu-satunya restoran di Malaysia yang menyediakan daging lembu wagyu halal yang pertama dari jenis Miyazaki-Gyu Jepun yang mempunyai kualiti serta citarasa yang unik dan tersendiri.
Pelanggan terlebih dahulu perlu memilih daging dalam chiller yang menawarkan pelbagai pilihan daging seperti daging Wagyu, Angus, Grain Fed dan Lamb. Setiap bungkusan daging sudah tersedia harga dan beratnya. Harga pada bungkusan adalah termasuk harga masakan.
Harga daging wagyu mengikut 15 jenis gred disediakan dengan harga paling rendah RM84 sehingga kepada lebih RM6,000 mengikut berat daging.
Selain menu daging dalam chiller, ada banyak lagi menu lain yang bukan berasaskan daging seperti salad, spaghetti, sides dish, mussels, ikan salmon dan juga sausages.
Pastikan anda memillih daging mengikut selera dan bajet kerana daging-daging ini bukan murah! Kesemua daging-daging ini diimport dan jangan risau, walaupun diimport, kesemua daging ini dijamin HALAL! Daging wagyu ini mendapat pensijilan halal dari Jepun dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim).
Kelebihan Restoran JAHHET Ampang
- Berkonsepkan “Kini setiap orang mampu menikmati Wagyu Jepun”
- Restoran mampu memuatkan sehingga 150 orang pada satu-satu masa
- Tiada tempahan tempat duduk pada waktu malam kecuali siang berdasarkan siapa cepat dia dapat
- Tiada had tambahan minuman (free flow) disediakan untuk minuman sejuk atau panas
- Kesemua air minuman hanya menggunakan gula Stevia
- Air minuman beralkali disediakan kepada pelanggan secara percuma
- Aiskrim percuma untuk kanak-kanak
- Parking yang banyak dan percuma
- Servis yang pantas dan layanan mesra
- Boleh bawa pulang daging yang siap dibungkus dalam bentuk kedap udara
- Suasana kedai yang selesa dan lengkap dengan kemudahan surau serta tandas
Promosi istimewa daging Wagyu
Sempena pembukaan rasmi JAHHET, restoran ini akan menyediakan Pesta Wagyu Miyazaki Beef dengan promosi potongan harga daging wagyu sehingga 50 peratus bermula 8 Mac ini selama sebulan.
Kesimpulan
Ringkasnya, Prebiu.com amat berpuas hati dengan restoran JAHHET Ampang dan mencadangkan anda di luar sana untuk datang beramai-ramai mencuba semua menu yang ditawarkan. Anda tidak perlu terbang jauh ke Jepun untuk menikmati daging premium halal ini tetapi hanya perlu memandu terus ke Restoran JAHHET di Ampang atau Bandar Baru Bangi.
Restoran JAHHET Fine Meat Ampang
Tel: 012-9111777 atau 011-22299777 atau laman facebook di Chitbone Butchery by Pakmus atau www.facebook.com/pg/Jahhet-fine-meat
Waktu operasi: 12 tengahari – 11 malam (Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad) manakala Jumaat bermula dari jam 3 petang hingga 11 malam.