AirAsia X Jalin Kerjasama Dengan Sony untuk Menawarkan Fon Kepala Pembatalan Bunyi Terkini di Premium Flatbed. Diskaun 20% untuk penerbangan AirAsia X dan tawaran istimewa Sony
AirAsia X menjalinkan kerjasama dengan Sony Corporation untuk menampilkan fon kepala pembatalan bunyi terkini di tempat duduk Premium Flatbed yang merupakan pemenang anugerah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia.
Fon kepala Sony, h.ear on 2 Wireless Noise Cancelling, WH-900N berwarna merah yang diiringi dengan tablet hiburan dalam pesawat AirAsia X, Xcite disediakan dalam kabin Premium Flatbed bagi penerbangan antara Kuala Lumpur dan Tokyo (Haneda), Japan mulai 26 Februari 2018.
Fon kepala selesa dan mudah alih ini direka bentuk untuk memperbaiki kualiti bunyi, keselesaan secara keseluruhannya dan keupayaan untuk mengurangkan bunyi bising di persekitaran kabin. Fon kepala mod pembatalan bunyi bising di persekitaran kabin ini akan memberi tetamu AirAsia X kawalan sepenuhnya terhadap pengalaman audio mereka.
Ketua Kumpulan Komersial AirAsia X, Barry Klipp berkata, āSebagai satu-satunya syarikat
penerbangan tambang rendah jarak jauh yang menawarkan tempat duduk yang mampu direbahkan sepenuhnya kepada katil rata, penambahan fon kepala dengan audio beresolusi tinggi dan pembatalan bunyi canggih mengangkat produk premium dan krew yang telah memenangi anugerah terbaik dunia ke taraf yang lebih tinggi.
Kini, tetamu kita boleh menikmati sepenuhnya pelbagai pilihan hiburan yang tersedia dalam tablet hiburan, Xcite yang ditawarkan dalam pesawat.ā
āBuat permulaan, fon kepala ini tersedia dalam Premium Flatbed untuk mereka yang terbang antara Kuala Lumpur dan Tokyo (Haneda), dengan perancangan untuk memperluaskannya ke laluan lain untuk fasa akan datang kelak.ā
Pengarah Urusan Sony Malaysia, Satoru Arai berkata, āKami berasa gembira dengan kerjasama dengan AirAsia X untuk menampilkan salah satu daripada teknologi tercanggih dan terkini kami di kabin Premium Flatbed di dalam pesawat.
Kami berharap teknologi pemakaian kami akan memberi tetamu AirAsia X pengalaman baru dan selesa bagi perjalanan mereka.ā Untuk meraikan kerjasama dengan Sony, kami berbesar hati untuk menawarkan kepada tetamu diskaun 20 peratus untuk semua penerbangan
AirAsia X merentasi rangkaian tempat duduk Standard dan Premium Flatbed. Untuk menikmati diskaun 20%, tempah penerbangan AirAsia X mulai sekarang sehingga 4 Mac 2018 dengan kod promo āSONY20ā bagi tempoh perjalanan antara 26 Februari dan
31 Julai 2018. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Di bawah kerjasama yang julung kali diadakan bagi kedua-dua pihak ini, Sony akan menawarkan hadiah kepada semua tetamu AirAsia X yang terbang ke Jepun melalui AirAsia X Malaysia (kod pesawat: D7), AirAsia X Thailand (XJ) dan AirAsia X Indonesia (XT) dengan mengemukakan pas menaiki pesawat AirAsia X di gedung Sony di Tokyo Ginza di Jepun, dan diskaun istimewa di gedung Sony di KLCC dan The Curve di Malaysia.