Rimbun Sanctuary oleh Sime Darby Property beri definisi baru kehidupan di Greater Kuala Lumpur
SIME Darby Property akan mengadakan pra pelancaran Rimbun Sanctuary pada 28 Januari 2018 (Ahad), sebuah pembangunan kediaman jenis apartmen butik dan rumah bandar pertama oleh pemaju tersebut di perbandaran Bukit Jelutong.
Pembangunan itu menawarkan 68 unit apartmen berkeluasan 907 – 1,091 kaki persegi (dengan unit khusus untuk penghuni kurang upaya di aras bawah) dan 40 unit rumah bandar berkeluasan 1,511 – 2,151 kaki persegi , menjadikannya pembangunan berkepadatan rendah yang eksklusif.
Menawarkan pemilikan bebas, Apartmen Rimbun Sanctuary ditawarkan dengan harga bermula dari RM677,888 sebelum diskaun Bumiputera. Rimbun Sanctuary, sebuah pembangunan seluas 5.42 ekar, menyasarkan pembeli rumah pertama – belum berkahwin dan keluarga kecil – serta pesara atau mereka yang inginkan ruang peribadi yang lebih kecil dan eksklusif, dengan pengawasan 24 jam dan kemudahan yang tersedia.
Pembangunan itu juga menawarkan rumah kelab dan kemudahan persendirian seperti trek joging, taman permainan, kolam infiniti dan gim, serta kawasan BBQ untuk para penduduk.
Rimbun Sanctuary terletak bersebelahan rizab hutan dan dipertingkatkan dengan ciri-ciri keselamatan 3 peringkat. Ia adalah sebuah santuari kehidupan moden yang terlindung dari kesibukan bandar.
Pelancaran rasmi Rimbun Sanctuary di Bukit Jelutong akan diadakan pada awal bulan Mac 2018.
Pengurus Besar Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, “Kami mempersembahkan Rimbun Sanctuary, santuari kehidupan berkepadatan rendah dan moden yang terletak jauh dari kesibukan bandar, di mana para penduduk dapat menikmati ruang hijau yang luas dan tenang.
Bukit Jelutong diaspirasikan sebagai sebuah perbandaran yang diperkayakan dengan taman-taman dan ruang hijau yang terbuka untuk dinikmati penduduk. Rimbun Sanctuary sesuai dengan konsep keseluruhan perbandaran yang serba lengkap ini.”
“Tumpuan kami untuk membangunkan perbandaran yang lestari dengan komuniti yang vibran untuk generasi akan datang dapat dilihat dengan jelas melalui perbandaran yang matang seperti Bukit Jelutong.”
Bukit Jelutong merupakan lokasi yang amat digemari di Greater Kuala Lumpur, yang merangkumi lebih daripada 2,200 ekar tanah berpegangan bebas. Ia adalah sebuah perbandaran dengan kawasan kejiranan yang harmoni, dengan kemudahan dan ruang awam yang mudah diakses dan menarik. Hasilnya adalah perbandaran berkepadatan rendah yang dikelilingi oleh kawasan hijau dan jalan raya yang lebih luas bagi mengurangkan kesesakan. Kedamaian dan keharmonian yang terjalin di antara penduduk dapat dilihat melalui penubuhan Persatuan Penduduk Bukit Jelutong yang aktif.
Bukit Jelutong terletak di lokasi strategik di antara pinggir bandar popular di Lembah Klang seperti Subang Jaya dan Shah Alam, dan dihubungkan oleh rangkaian jalan raya yang sangat baik. Ia mudah diakses melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).
Perkembangan perihal aktiviti dan pembangunan Sime Darby Property boleh didapati
melalui simedarbyproperty.com, Facebook (facebook.com/SimeDarbyProperty), Instagram (instagram.com/SimeDarbyProperty) dan Aplikasi Mudah Alih Sime Darby Property (boleh dimuat turun di App Store dan Google Play).