Penyanyi Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Yuosof Mohamed Sinclair, 34, tepat jam 7 petang semalam di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

PASANGAN mempelai dinikahkan Jurunikah Majlis Agama Bentong, Ustaz Azmi dengan hanya sekali lafaz.

Yuna yang manis dalam persalinan rekaan Hatta Dolmat menerima sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang
daripada pihak perempuan.

Manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan secara tertutup dihadiri 300 tetamu membabitkan keluarga dan rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Terima kasih atas doa dan sokongan daripada semua pihak,” katanya ringkas.

Yuna dan Adam akan mengadakan sidang media khas hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi berkongsi lanjut mengenai pernikahan mereka.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi pada Ahad ini di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur. Terdahulu Yuna dan Adam bertunang pada 5 Ogos lalu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini