Aiman Tino menerima sijil Malaysia Book of Records (MBOR) apabila menjadi artis pertama Malaysia memperoleh jumlah tontonan muzik video tertinggi di YouTube menerusi lagu Ku Rela Dibenci.

PENYANYI terkenal berusia 20 tahun itu mendapat lebih 41.3 juta tontonan di YouTube sehingga November lalu sejak single sulung penyanyi dimuatnaik pada Mac 2016.

Setakat hari ini, muzik video lagu ciptaan bapa Aiman, Yusri Ishak sudah mencecah 43 juta tontonan di YouTube.

Sijil MBOR disampaikan kepada Aiman oleh Setiausaha Akhbar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Zulkifli Bujang dan Pegawai Urusan Aries Music, Dexter Koh di majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Aiman berkata, pencapaian itu diharapkan menjadi pembakar semangat kepada penyanyi tanah air.

“Saya tidak menganggap penghargaan ini sebagai persaingan dengan penyanyi lain. Saya ingn mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana sokongan mereka membantu saya mencapai kejayaan ini,” katanya. Gambar dari Instagram Aiman Tino

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini