Malaysia Airports mengambil langkah tegas untuk mengurangkan kesesakan dan keselamatan pengguna jalan raya lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan memperkenalkan zon tunda

KERJASAMA dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Malaysia Airports memperkenalkan zon tunda di sepanjang jalan menuju dan dari bangunan terminal di KLIA, termasuk kawasan sekitar terminal.

Ketua Operasi KLIA, Mohd Arif Jaafar berkata, langkah itu dilakukan bagi memastikan pemilik kenderaan tidak menghalang jalan raya dan menyebabkan berlakunya kesesakan trafik. Ia juga memastikan agar keselamatan pengguna jalan raya lain apabila kenderaan diparkir di tepi jalan raya yang boleh menyebabkan halangan trafik kepada pengguna jalan raya lain.

“Kami mempunyai ruang parkir yang luas di KLIA. Terdapat lebih dari 11,000 lot parkir di kedua-dua terminal yang mana pelawat menikmati laluan percuma untuk 15 minit.

Selain itu, terdapat 5,500 lot parkir di Tempat Parkir Jangka Panjang (LTCP) yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan ke terminal menggunakan perkhidmatan shuttle percuma disediakan oleh Malaysia Airports. Perkhidmatan itu beroperasi setiap 10 minit dan pihak syarikat turut menyediakan kawasan menunggu dengan tambahan 400 lot parkir bersebelahan LTCP tanpa sebarang caj.

Arif menyarankan agar orang awam lebih peka dengan keselamatan dan tidak menyumbang kepada kesesakan trafik di KLIA.

Pemilik kenderaan yang didapati melakukan kesalahan trafik boleh dikenakan denda RM300. Secara keseluruhan, PDRM sudah mengeluarkan kira-kira 6,000 saman trafik akibat pelbagai kesalahan trafik berhampiran kawasan lapangan terbang KLIA.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini