Kesian Lan….. Walaupun Sakit Tetapi Semangat Juang Tinggi
KASIHAN melihat keadaan penyanyi Lan pada konsert suku akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) yang berlangsung Ahad lalu.
Dalam pada dia perlu bertanding, Lan juga terpaksa menanggung sakit buasir sejak Rabu lalu.
Disebabkan itu beliau dinasihatkan doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang buasir itu namun mengambil keputusan menangguhkan terlebih dahulu.
Dalam satu kenyataan, Lan berkata dia kali pertama terkena buasir pada 2010. Malah ketika itu dia juga dinasihatkan menjalani pembedahan. Namun, Lan menolak.

Pun begitu, dia dinasihatkan agar tidak melakukan kerja berat bagi mengelakkan penyakit berulang.

Lan berkata, ini kali pertama dia menanggung kesakitan yang teruk dan dalam masa sama perlu membuat persembahan.

Menurut Lan, dia masih lagi boleh bertahan dan menggagahkan diri berdasarkan pengalaman lalu. Gambar Ihsan Instagram Lan

Berikut senarai penuh lagu peringkat separuh akhir GV4

Liza Hanim

  • Kesal – Ella-
  • Jagalah Diri -Jaclyn Vicor –

Hazami

  • Getaran – Famieza
  • Hello- Lionel Richie

Aishah

  • River deep mountain High ,Tina Turner
  • Kerana mu kasih -Illa Sabri (ost gerak khas)

Tia Jinbara

  • Hukum Karma -Wings
  • Isabella -Search

Firman

  • I feel good – James Brown
  • Menanti Sebuah Jawaban- Padi

Syura

  • Dokter Cinta Dewi-Dewi
  • Cinta Antara Benua -Arni Nazira

Lan Solo

  • Kalis Rindu- Elyana
  • Ukiran Jiwa- Wings

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini