10 kereta modifikasi terbaik dalam Fast and the Furious, filem yang digilai ramai
FILEM dan kereta tidak dapat dipisahkan dan ini terbukti menerusi filem box office yang berjaya mendapat sambutan hebat setiap kali ditayangkan. Maka tidak hairanlah filem Fast and the Furious (FF) terus diterbitkan dalam beberapa siri atau sekuel dengan sasaran sehingga 10 francais filem itu bakal ditayangkan kepada umum.
Setakat ini, Fast & Furious 8 (2017) sudah menemui penonton dan menjadi pilihan buat kaki kereta kerana aksi dan kenderaan yang dipaparkan penuh dengan elemen prestasi dan modifikasi. Siri filem ini yang berkisar mengenai lumba haram pada awalnya diterbitkan oleh Universal Studios. Filem pertama, The Fast and the Furious, dibintangi mendiang Paul Walker dan Vin Diesel, diarahkan oleh Rob Cohen dan ditayangkan pada tahun 2001.
Pelakon filem itu terus bertambah ramai apabila digandingkan dengan bekas ahli gusti ‘The Rock’ Dwayne Johnson selain pelakon hebat lain seperti Michelle Rodriguez, Charlize Theron, Tyrese Gibson dan Scott Eastwood.
Filem kelapan dalam francais filem The Fast and the Furious ini ada kaitannya dengan kejayaan luar biasa filem ketujuhnya, Fast & Furious 7 yang mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak AS$1.516 billion (RM6.68 billion) pada tahun 2015.
Rekod berkenaan merupakan julung kali yang dicatatkan oleh francais filem berkenaan sejak mula diperkenalkan kepada khalayak filem pada tahun 2001 menerusi filem The Fast and the Furious.
Lebih-lebih lagi, pada ketika Fast & Furious 7 ditayangkan, pelakon utamanya, Paul Walker sudah pun meninggal dunia dan itu juga dilihat sebagai salah satu faktor penyumbang kepada penjualan tiket filem berkenaan.
Antara siri filem itu ialah:
The Fast and the Furious (2001)
2 Fast 2 Furious (2003)
The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006)
Fast & Furious 4 (2009)
Fast & Furious 5 (2011)
Fast & Furious 6 (2013)
Fast & Furious 7 (for Paul) (2015)
Fast & Furious 8 (2017)
Pelbagai kereta ubahsuai ditampilkan dalam filem ini ayuh kita lihat 10 yang menarik:
1970 Dodge Charger
Nissan Skyline R34 GT-R
Mitsubishi Eclipse
Acura NSX
Honda S2000
Toyota Supra Mark IV
Mazda RX-7 FD
1967 Ford Mustang
969 Chevrolet Yenko Camaro