TNB rai pemenang kempen TNB Autopay dan Kempen Aplikasi myTNB ‘Pay For Your Loved Ones’
TENAGA Nasional Berhad (TNB) telah menyampaikan hadiah utama kepada para pemenang bertuah kempen TNB Autopay yang telah dilaksanakan bagi mempromosikan pembayaran bil elektrik melalui servis Autopay dan aplikasi mudah alih myTNB.
Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Ir. Kamaliah Abdul Kadir berkata, kempen ini diperkenalkan bagi memudahkan pelanggan menyediakan pembayaran secara automatik untuk bil TNB dengan menggunakan kad kredit.
“Kempen yang berlangsung pada 31 Mei 2017 – 31 Ogos 2017 ini menawarkan tiga telefon pintar – Samsung S8 dan 10 pemenang saguhati yang memenangi rebat tunai TNB RM100,” katanya.
Kempen aplikasi myTNB ‘Pay For Your Loved Ones’ pula dilaksanakan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza untuk pembayaran bil elektrik secara digital dengan menggunakan aplikasi mudah alih myTNB. Kempen tersebut adalah khusus bagi pertandingan Instagram yang telah berlangsung pada 21 Jun 2017 – 21 September 2017.
Kempen tersebut terbuka kepada semua dengan hanya memerlukan pembayaran bil elektrik dilaksanakan melalui aplikasi mudah alih myTNB bersama gambar orang tersayang yang dimuat naik dengan hashtag #mytnbpayforyourlovedones. Pemenang utama bagi kempen tersebut adalah “Best Photo” dan “Most Likes” dan seramai 50 pemenang saguhati telah terpilih bagi kempen tersebut.
Menurut Ir. Kamaliah, kempen Instagram adalah disasarkan kepada pengguna yang lebih cenderung kepada pembayaran secara elektronik yang juga membolehkan pemantauan dan pembayaran bil elektrik bagi orang yang tersayang.
Untuk mengetahui senarai pemenang bagi kedua-dua kempen tersebut, sila layari www.tnb.com.my/promotions.