BUAT pertama kalinya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) bekerjasama dengan Lazada Malaysia akan menjual 12 edisi terhad VW Beetle bersempena dengan Kempen Revolusi Dalam Talian Lazada yang bermula dari 12 hingga 14 Disember ini.
Ini adalah kali pertama syarikat pengeluar kereta dan syarikat e-dagang bergabung menjual kereta secara dalam talian.
Edisi terhad Beetle ini akan dijual pada harga RM112,112* iaitu 18 peratus lebih rendah berbanding harga runcit yang dicadangkan. Tawaran ini hanya sah bagi Semenanjung Malaysia sahaja. Model edisi terhad Beetle ini datang dalam dua rekaan iaitu “Herbie 53” dalam warna Pure White dan White Silver serta “Hot Bug” dalam Tornado Red.
Model edisi terhad ini juga dipadankan dengan stereng pelbagai fungsi saduran kulit, skrin sentuh 5.8 inci ‘Composition Colour’ dengan USB, Bluetooth dan 8 Speaker serta kerusi saduran fabrik ‘Pepita’ .
Dibawah hud enjin Beetle ini dilengkapi enjin caj turbo 1.2 Liter TSI yang mampu menghamburkan kuasa 105PS dengan transmisi automatik 7 kelajuan DSG yang memberikan tork maksimum 175Nm.
Untuk maklumat lanjut mengenai model edisi terhad Beetle ini sila layari www.volkswagen.com.my.