Wah, tahniah diucapkan kepada pelakon kacak, Idris Khan, 29, apabila bakal menamatkan zaman bujang pada 20 Januari tahun depan.

Bukan calang orang pilihan Idris apabila bakal isterinya itu adalah wanita berasal dari Maghribi yang dikenali sebagai Sanaa Jeljalane, 26. Memang cantik dan sepadan dengan Idris.

Dalam kenyataan yang disiarkan, Idris merancang untuk bernikah hujung tahun ini namun terpaksa ditunda ekoran proses dokumentasi.

Malah, pada awalnya juga Idris merancang untuk bernikah di Maghribi.

Menurut Idris, buat masa sekarang persiapan perkahwinannya kini sudah 70 peratus siap membabitkan busana Sanaa, dewan dan prosedur perkahwinan.

Mereka juga bakal menggabungkan dua budaya iaitu Melayu dan Maghribi sebagai tema perkahwinan mereka. Gambar dari Instagram Idris Khan

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini