Kombinasi 5 ramuan utama Secret Coffee menjadikan kulit wajah lebih berseri di samping membantu kaum wanita memperoleh susuk badan ideal

SUDAH menjadi lumrah bagi seorang wanita adalah keinginannya untuk tampil dengan susuk tubuh yang menarik dan memiliki kulit wajah yang cantik. Kini, Secret Correa tampil dengan rangkaian produk baharu iaitu Secret Coffee, minuman kopi pracampuran yang diperkaya dengan 5 ramuan utama untuk kaum wanita memiliki tubuh badan dan kulit wajah yang diidamkan!

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Secret Correa, Nor Azila Mohamad Azmi berkata, dalam era serba moden ini, kaum wanita lebih prihatin tentang penampilan mereka dan untuk kelihatan cantik dengan tubuh badan menarik bukanlah perkara yang mustahil untuk kaum wanita.

“Mereka hanya perlu minum Secret Coffee dan rasai perbezaan ketara hanya dalam masa 14 hari,” katanya.

Nor Azila Mohamad Azmi melancarkan produk baru Secret Coffee

Secret Coffee diilhamkan dengan formula baru dan merupakan kopi pertama yang menggunakan Garcinia Cambogia ataupun asam keping sebagai ramuan utama. Asam keping tersebut digunakan dari pelbagai segi, termasuklah kulit yang diekstrak kerana khasiatnya yang ternyata dapat mengurangkan selera makan, mengelakkan lemak untuk berkumpul dan mengawal proses pembakaran lemak di dalam badan.

Antara ramuan lain yang digunakan adalah buah kurma, madu, Hoodia (sejenis kaktus) dan asam amino L-Carnitine. Setiap ramuan dipilih secara khusus kerana khasiat 2-dalam-1 yang dapat membantu menguatkan tulang, memberi tenaga pada badan, mengurangkan kadar kolestrol, serta mempunyai sumber nutrisi yang lengkap untuk menganjalkan dan menjaga struktur kulit wajah agar lebih berseri.

Kelima-lima ramuan utama ini juga dikenali sebagai slimming booster ataupun penggalak pelangsingan badan.

“Kami di Secret Correa sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan. Bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah bermutu tinggi, kami telah menjalankan pelbagai kajian serta melakukan beberapa ujian campuran terlebih dahulu. Kami yakin bahawa Secret Coffee akan mendapat tempat di hati pengguna-pengguna di Malaysia,” katanya.

Cara untuk menikmati Secret Coffee adalah dengan mencampurkannya dengan air panas. Secret Coffee boleh dinikmati khususnya pada waktu sarapan ataupun selepas makan malam. Rasanya yang sedap membolehkan semua orang menikmati Secret Coffee yang sesuai dengan citarasa, tanpa mengira peringkat umur.

Berazam membawakan penyelesaian pelangsingan dan penjagaan wajah ini untuk dinikmati oleh lebih ramai wanita, Secret Coffee turut menembusi pasaran Indonesia, Singapura serta Brunei. Perancangan ini selari dengan hasrat jenama keseluruhan Secret Correa untuk memasuki pasaran Asia Tenggara secara lebih aggresif lagi.

“Saya yakin produk ini dapat memenuhi citarasa kaum wanita di luar sana kerana sudah terdapat permintaan tinggi untuk Secret Coffee. Sasaran saya adalah untuk menjual sehingga 100,000 unit sebulan dan meluaskan pasaran melalui stokis dan agen-agen di ketiga-tiga negara,” kata Azila.

Secret Coffee boleh didapati pada harga RM69.90 untuk satu kotak. Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Jom, dapatkan dan nikmati Secret Correa sepuas-puasnya! Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pembelian, sila kunjungi galeri Secret Correa yang terletak di Bangi Sentral, atau layari laman sesawang Secret Correa https://www.secretcorrea.com/ , Facebook di  https://www.facebook.com/scmalaysia5503/ dan Instagram secretcorrea_premium atau hubungi terus +6018-462 1015. Mereka yang berminat untuk membeli juga boleh mendapatkan Secret Coffee di laman belian Lazada dan Squarelet atau melalui agen-agen.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini