PEMINAT kereta rali klasik Ferrari 250 GTO berkumpul di Maranello, Itali, baru-baru ini. Selepas hampir 55 tahun berada di atas jalan raya, kereta lumba ini masih menjadi salah satu model popular dan idaman Ferrari sepanjang masa.
Kira-kira 20 buah daripada 36 buah yang dibina sejak 1962, dipandu menyelusuri laluan sepanjang Tuscany. Bermula di Florence, model Ferrari 250 GTO melalui laluan berbukit Chianti dan sebagai satu penghargaan kepada pemilik kereta sports yang kaya dengan sejarah, mereka berkesempatan menunjukkan prestasi kereta masing-masing di Litar Mugello.
Konvoi kereta sports itu kemudian berarak pulang di trek Fiorano sebelum meneruskan perjalanan ke kilang Maranello.
Saksikan gambar-gambar menarik sekitar konvoi kereta rali klasik Ferrari 250 GTO.